Wednesday, December 15, 2010

Kompleks Sukan Negara




Bukan sekadar venue untuk sukan !!!

Inilah akibatnya kalau mempelbagaikan fungsi Kompleks Sukan Negara.

Sunday, December 12, 2010

Panassss...

Kalau nak ikut memang panasss... Cha sebelah rumah dgn selamber je bawak anjing dia masuk swimming pool pukul 2pagi. Aku dah report guard, management office pulak tutup pagi tadi. Isnin ni memang nak kena sembur. Panassss tak abih lagi ni

Monday, November 29, 2010

Tuesday, August 10, 2010

Crocodile Rock


owner is malay & off course a muslim but why still serving Liquor & Wine. Malaysia ku ku ku

Thursday, February 25, 2010

Ice Nescafecino

Kalau korang nak tau, aku adalah penggemar kopi no1. Kopi campuran cam kat kedai mamak atau nescafe memang aku tak berapa nak layan. Aku lagi suka kopi ori yang dah dipanggang + brew sekali.


Dulu time kat Saudi ada banyak cafe / coffee shop drive thru, 24hours lagi. Aku paling suka minum macchiato (single shot espresso with milk foam). Letak gula 1 sachet, kira abis keras la tu sampai mamat bangla/paki yang jual tu geleng kepala. Tu la minuman kegemaran aku time malam nak gi kerja. Selalu keluar kerja pukul 12am, biasa la kerja-kerja telco yang melibatkan traffic (phone call etc) memang kena buat tengah malam time orang tidur.

Bila balik Malaysia, nak cari benda-benda ni agak terhad (terpaksa gi starbucks etc). Harga pun mahal. So, aku dapat satu idea. Aku beli single shot espresso kat Gloria Coffee take away, bekukan, pas tu tiap-tiap kali nak minum nescafe ice, aku capur sekali. So, tak la keras sangat bila ice tu cair slow2.


Single shot espresso - rm6.50


Nescafe Ice - rm1.70


Espresso yang dah beku

So, sapa-sapa nak try pun boleh. Rasanya tak la keras sangat. Aroma espresso pun tak hilang.

Saturday, February 20, 2010

Aktiviti hujung minggu

Disebabkan gaji tak masuk lagi, inilah aktiviti anak2 aku hujung minggu ni....




















Ni pulak acara mengubah2 barang dalam rumah


















Sebelum



















Sesudah

Tuesday, February 16, 2010

Fardu ain di Smart Reader Kids

Smart Reader Kids bukan sahaja mementingkan pengajian dalam bahasa Inggeris, kanak-kanak juga diterap dengan nilai agama dan bahasa ibunda masing-masing.


KANAK-KANAK di Smart Reader Kids diberi peluang meneroka daya imaginasi mereka.


JIKA inginkan anak fasih berbahasa Inggeris, di minda ibu bapa di Malaysia tentunya Smart Reader Kids. Di pusat perkembangan kanak-kanak itu, bahasa Inggeris adalah bahasa komunikasi utama dan mementingkan pembelajaran melalui keseronokan.

Kanak-kanak diberi peluang untuk meneroka daya imaginasi dengan sepenuhnya melalui konsep baru yang inovatif yang direka khas.

Namun, ramai ibu bapa beranggapan jika menghantar anak-anak mereka ke pusat perkembangan kanak-kanak seperti ini akan mengakibatkan mereka tidak memahami bahasa ibunda dan kurang asas agama.

Menyedari kepentingan jurus tersebut, Smart Reader Kids mengambil inisiatif menawarkan program-program seperti kelas bahasa Melayu, bahasa Mandarin dan juga fardu ain.


WANG KIM HA


"Berdasarkan permintaan, kami ada menyediakan kelas fardu ain yang akan dikendalikan oleh guru agama untuk mengajar sekali seminggu.

"Kelas ini adalah berdasarkan permintaan daripada ibu bapa dan bayaran tambahan akan dikenakan kerana perlu membayar upah guru tersebut," kata Pengarah Eksekutif Smart Reader, Dr. Wang Kim Ha.

Kelas bahasa Mandarin pula adalah percuma kerana ia termaktub dalam silibus Smart Reader Kids. Namun, penyertaannya tidak diwajibkan dan mengikut permintaan ibu bapa.

Menurut Kim Ha, ada cawangan pusat itu yang menjalankan program sepenuhnya dalam bahasa Mandarin sebagai persediaan untuk memasuki sekolah aliran Cina. Program tersebut dinamakan Smart Mandarin.

Antara silibus yang terdapat dalam program Smart Reader Kids adalah bahasa Inggeris, bahasa Melayu, Smart Maths, Sains, kebersihan diri, pendidikan moral, kerja kreatif, komputer, muzik dan program memasak.

Program-program tersebut direka secara teliti dan setiap daripadanya mengutamakan keseronokan dalam pembelajaran supaya kanak-kanak tidak bosan dengan apa yang dipersembahkan.

Anak-anak boleh dihantar seawal usia 15 bulan hingga enam tahun. Terdapat dua program iaitu Smart Reader Kids dan Smart Reader Kids Junior.


KANAK-KANAK di Smart Reader Kids berpeluang belajar dengan silibus yang berbeza-beza dan penuh keseronokan.


"Tidak ada istilah kanak-kanak akan bosan kerana berada dalam tadika selama empat tahun jika mereka dihantar seawal usia tiga tahun.

"Silibus yang disediakan direka dengan penuh keseronokan dan mereka tidak akan belajar perkara yang sama berulang-ulang," katanya.

Tambahnya, setiap guru di Smart Reader Kids akan diberi kursus secara berterusan supaya kualiti pengajaran mereka sesuai dengan perkembangan semasa kanak-kanak.

Tambah Kim Ha, cara pengajaran tidak boleh statik pada satu peringkat kerana minat kanak-kanak tidak sama mengikut peredaran masa.

Smart Reader Kids bukan sahaja mereka merangka silibus sendiri, malah lagu-lagu yang digunakan dalam pembelajaran juga adalah hasil nukilan Kim Ha.

"Kami bukan sahaja membuka sebuah pusat perkembangan kanak-kanak dengan mengajar mereka huruf a, b, c atau menyanyikan lagiBa Ba Black Sheep atau Twinkle, Twinkle Little Star.

"Saya mahu melalui nyanyian juga kanak-kanak ini diterap dengan nilai-nilai murni mengikut budaya tempatan," katanya. - JULIA ISMAIL (KOSMO)

Pemandu pilih pelancong asing

Benda ni memang betui pun. Satu hari aku nak ambik TAXI ke office di Cyber Jaya. Jaraknya lebih kurang 10-15min perjalanan dgn halaju 100km/j. Drebar TAXI kat depan apartment aku ramai tgh menunggu pelanggan. So, aku rasa macam tak dak masalah la. Alih2 depa minta RM20. Nak, naik... tak nak, tak yah naik. Hampeh betui. Rupa2nya depa dok tunggu student warga asing utk ke Limkowing uni.....


KUALA LUMPUR 15 Feb. – Pemandu-pemandu teksi di ibu kota didapati lebih suka mengambil pelancong asing kerana lebih mudah mengenakan tambang sesuka hati tanpa menggunakan meter.

Pemantauan wartawan Unit Khas selama lima hari di sekitar ibu negara mendapati, pemandu teksi berebut-rebut untuk mendapatkan penumpang daripada kalangan pelancong asing berbanding penumpang tempatan.

Daripada pemantauan wartawan, keadaan ini banyak berlaku di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pelancong seperti di sekitar Bukit Bintang dan KLCC.

Mungkin, bagi pemandu teksi, para pelancong lebih mudah ‘disembelih’.

Oleh kerana pemandu begitu ‘taksub’ untuk mendapatkan pelanggan di kalangan para pelancong, sapaan wartawan untuk menaiki teksi mereka tidak diendahkan.

Lebih menyedihkan, ada pemandu teksi yang bersikap biadap sewaktu kami merapati mereka dan menyatakan tempat yang hendak dituju.

Pemandu berkenaan bukan saja tidak berpaling ke arah kami apabila diajukan lokasi yang hendak dituju, malah dengan wajah kelat dia dengan pantas menggeleng-gelengkan kepala tanpa mengeluarkan suara menandakan enggan menerima kami sebagai penumpang.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Tour de Malacca 2010

Signboard yang mengembalikan seribu-satu kenangan, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat skodeng.




ZOO MELAKA



Masjid Selat Melaka, dibina di atas kawasan yang telah ditebus-guna (dulu laut)





Muzium Samudera

Bila melawat Muzium Samudera, tak lengkap kalau tidak singgah di Muzium TLDM




Di sinilah tempat penginapanku sepanjang lawatan ke Melaka. Tokey Resort ni bukannya org lain dengan aku, member sebelah bilik je time kat MRSM dulu. Tahniah kerana dah berjaya.


Friday, February 12, 2010

Monday, February 8, 2010

Puchong & LDP

Puchong & Lebuhraya Damansara Puchong memang tak dapat dipisahkan lagi. Dengan kesesakan lalu lintas di persimpangan Puchong Perdana sehinggalah IOI mall. Serabut. Tu belum campur kesesakan di Bandar Puteri yang terkenal dengan GIANT dan segala macam BANK kat situ.

Sejak dua-menjak ni kesesakan lalulintas dah merebak hingga ke Bandar Bukit Puchong... depan rumah aku! Last week, aku balik kerja dari Cyber Jaya ingat nak masuk tol sebab nak senang. Sampai je tol... mak aii, dari tol sampailah persimpangan nak u-turn ke rumah aku, JAM.

Tadi... kena sekali lagi, kali ni lagi parah. JAM start dari persimpangan ke Tmn Equine lagi. Aduhh... Apa gunanya bayar tol?

Keadaan selepas membayar tol puchong selatan dari arah kajang - puchong


ni aku lari ikut alternatif road, kalau ikut jalan biasa jenuh

Morib

Hari Ahad, tak tau nak buat apa bawak la family pi pantai Morib. Hampeh, tak dak perubahan langsung. Cuma ada sikit renovation (sesuai ke ayat ni) dan baru terperasan dengan tugu nih

Tuesday, January 26, 2010

Diuji kesesakan lalu lintas




SAIZNYA lima kali ganda lebih besar daripada Kuala Lumpur. Dengan jumlah penduduk seramai 8.5 juta orang, Jakarta mempunyai kesemua ciri sebuah bandar raya yang progresif. Antaranya bangunan pencakar langit, rangkaian jalan raya yang baik dan kemudahan awam.

Ibu negara Indonesia itu dijangka muncul sebagai bandar raya kelima terbesar di dunia menjelang 2015, namun lawatan ke kota raya tersebut baru-baru ini menunjukkan kesesakan lalu lintas yang teruk antara masalah yang perlu ditangani.


PENIAGA jamu di Jakarta, Wati (kiri) memberi pelanggannya, Lali, minuman tonik kesihatan.


Jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur kesesakan pada waktu puncaknya jauh lebih baik berbanding di Jakarta.

Jika penerbangan dari Sepang ke Jakarta hanya mengambil masa dua jam, sebaliknya perjalanan dengan teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta ke Grand Melia Jakarta sejauh 35 kilometer mengambil masa 2 jam 40 minit.


PENGEMIS kanak-kanak salah satu pemandangan biasa jalan raya-jalan raya di Jakarta.


Perjalanan tersebut ternyata meletihkan. Sekitar pukul 6 petang, perjalanan lancar untuk 20 minit pertama tetapi apabila memasuk ke pusat bandar dalam keadaan hujan renyai-renyai, kenderaan mula bergerak perlahan. Pada mulanya saya beranggapan mungkin trafik akan lancar selepas jarak tertentu, tetapi jangkaan saya meleset.

Ketika terperangkap di atas jalan, saya memerhatikan lautan kenderaan yang berasak-asak di Jl. Gatot Subroto menghala ke Jl. H.R. Rasuna Said dan aktiviti-aktiviti di sekitarnya.


BERSEDIAKAH Jakarta diiktiraf menjadi bandar kelima terbesar di dunia menjelang 2015?


Di kota itu dianggarkan terdapat lebih dua juta kereta dan enam juta pengguna motosikal dan bilangan mereka meningkat sebanyak sembilan peratus setiap hari.

Resah

Kelihatan beratus-ratus buah motosikal menguasai lorong paling kiri daripada empat lorong yang ada. Pemandangan bangunan tinggi dan pencakar langit umpama cendawan tumbuh selepas hujan begitu mengagumkan. Namun, terdapat bangunan usang yang terselit di celah-celahnya.




Trafik mula mara sedikit demi sedikit dan terhenti lagi. Pemandu-pemandu yang hilang sabar mula menukar lorong. Meskipun polis trafik mengawal lalu lintas di simpang-simpang, namun tidak banyak yang boleh mereka lakukan.

Semasa kami terperangkap dalam kesesakan itu, saya keresahan dan bertanya kepada pemandu yang dikenali sebagai Agus.

"Hotel ini tidak begitu jauh tuan, tetapi saya tidak pasti bila kita boleh sampai ke situ," jawab Agus sambil mengurut kaki kirinya yang letih kerana terpaksa menekan dan melepaskan klac.

Menurut Agus, situasi itu berlaku saban hari. "Ya, tetapi hari ini kita bukan sahaja masuk pusat bandar pada waktu puncak, bahkan hujan turun lebat sebelum itu."


JAKARTA terkenal dengan kota beli-belah.


Jalan-jalan yang penuh sesak itu mewujudkan satu budaya baru yang unik di atas jalan. Terdapat penjaja yang bergerak dari sebuah kereta ke kereta menjual air mineral, makanan ringan dan buah-buahan.

Lebih menarik, ada juga yang membuka gerai-gerai kecil menjual barangan makanan di atas pembahagi jalan.


KOPAJA yang mirip bas mini hanya mengenakan tambang RM7 seorang.


Pada sebelah pagi, beberapa laluan utama termasuk Jl. Jend. Sudirman, Jl. Rasuna Said, Jl. MH Thamrin dan Jl. Gatot Subroto melarang masuk kenderaan persendirian yang kurang daripada tiga orang penumpang tetapi menurut Agus para pemandu menggunakan helah untuk mengatasi larangan itu. Mereka akan menyewa penumpang.

Selain itu terdapat individu tertentu yang menghentikan trafik untuk membolehkan kereta-kereta masuk ke jalan-jalan utama dari jalan-jalan kecil. Perkhidmatan itu lazimnya dibayar oleh pemandu kerana khidmat tersebut amat diperlukan.


GETEK merupakan salah satu pengangkutan alternatif dengan tambang di antara 15 sen hingga 40 sen seorang.


Hiburan nyamen

Pada malam berikutnya, trafik di luar hotel menggerunkan dan saya mula bimbang terperangkap dalam kesesakan.

Seorang rakan dari Indonesia, Zaimah mencadangkan menggunakan khidmat bas Kopaja (Koperasi Angkutan Jakarta). Kopaja mirip bas mini yang pernah beroperasi di Kuala Lumpur satu ketika dahulu, bezanya bas itu lebih besar sedikit.

"Tambangnya murah Rp20,000 (RM7) dan anda akan leka dengan apa yang berlaku di dalamnya," kata Zaimah.

Setelah menaiki bas tersebut apa yang dikatakan oleh Zaimah ada kebenarannya. Selain muka-muka penumpang yang keletihan, saya menyaksikan satu lagi budaya atas jalan.

Selepas bas mula bergerak seorang penghibur jalanan naik dengan gitar dan mendendangkan sebuah lagu daripada kumpulan popular di Indonesia, Krispatih.


KESESAKAN lalu lintas di Jakarta menyebabkan ramai pelancong yang hilang sabar.


Habis saja persembahan, pemuda itu mendoakan perjalanan selamat bagi semua dan menghulurkan topi meminta sumbangan ikhlas. Kemudian satu pasangan duet pula masuk untuk menghiburkan penumpang.

Sepanjang perjalanan kami dihiburkan sekali gus berjaya mengalihkan perhatian saya daripada kesesakan trafik yang menyusur perlahan.

Zaimah memberitahu, di Jakarta penghibur jalanan itu dikenali sebagai nyamen. Vendor-vendor yang menjual makanan ringan dan minuman juga sentiasa sibuk dengan perniagaan mereka di sepanjang perjalanan.

Memandangkan Jakarta tidak mempunyai sistem transit aliran ringan (LRT), satu-satunya kaedah pengangkutan awam yang cekap di kota itu ialah pengangkutan cepat bas (BRT) dan Trans Jakarta yang menggunakan laluan bas khusus. Ia juga meliputi sebahagian besar kawasan Jakarta selatan dan tengah.

Bas berhawa dingin itu mempunyai dua pintu besar. Para penumpang naik dan turun melalui perhentian khas di bahagian tengah jalan raya.

Istimewanya, penumpang hanya perlu membeli satu tiket sahaja dan boleh ke mana sahaja. Cuma, mereka mungkin perlu bertukar bas.

Bagaimanakah warga kota Jakarta mengharungi kesesakan lalu lintas di atas jalan setiap hari? Rata-rata jawapan yang diterima ialah: "Kami sudah biasa".

"Semasa dalam bas saya melihat ke sekeliling atau membaca buku. Ini membantu saya mengelakkan stres," ujar Zaimah yang mahu biasakan diri dengan situasi itu. - Bernama

Oleh RAVICHANDRAN D.J PAUL

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm