Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Imam Bukhari

                           Makam Imam al-Bukhari di Samarkand

Nama: Muhammad al-Bukhari
Gelaran:Imam Bukhari
Lahir: 194 H
Wafat: 256 H
Mazhab: Syafie
Etnik: Parsi
Rantau: Empayar Parsi
Bidang: Hadis
Karya: Sahih Bukhari
Pengaruh:Imam Muslim
Diilhami:Imam Ahmad

Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari (محمد بن اسماعيل بن ابراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري), adalah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap orang Islam Sunni sebagai Hadith sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w.. Imam Bukhari (810 – 870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Uzbekistan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.

Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah s.a.w.

Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".

Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.

Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis Rasulullah s.a.w.. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."

Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis Rasulullah s.a.w. dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

Kepopularan Imam Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bukhara oleh Gabenornya. Dia mati dalam buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand. [1] Makam Imam Al-Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.

Karya
Sahih Bukhari
Al Adab Al Mufrad الأدب المفرد
al-Tarikh al-Kabir - sejarah besar, lengkap dengan biografi periwayat beserta rating
al-Tarikh al-Saghir - sejarah kecil

sumber : wikipedia

Wednesday, February 19, 2014

Inilah kisah Mujahiddin melayu di Afghanistan - Asy- Syahid Fauzi Ismail



Berbicara tentang Mujahidin, pasti ramai antara kita tidak menyangka bahawa bangsa Melayu yang kerdil ini juga mampu melahirkan barisan Tentera Allah yang sanggup berdada/berdepan dengan tentera Kuffar laknatullah. Kini, hamba persembahkan kepada kalian sebuah kisah yang amat jarang untuk didengari dari lidah-lidah agamawan Malaysia, kisah yang tak semua sanggup & berani untuk diceritakan kepada pelapis-pelapis anak jantan Islam berbangsa Melayu, mahupun hendak dijadikan cerita sebelum tidur anak-anak Muslim.

Inilah kisah dari seribu kisah, kisah kerdil disaluti darah, darah sang Pejuang demi membela Islam nan Suci. Bacalah, hayatilah, tangisilah, insafilah, sebuah kisah klasik untuk masa depan...

Tahun 1980an banyak merakamkan peristiwa penumpahan darah para syuhada tanahair ini (Malaysia) sebagaimana yang dicatatkan di Memali dan Lubuk Merbau. Dalam pada itu, ribuan para mujahiddin bermandikan keringat dan darah di Afghanistan, Chechnya, Iran, Arakan, Moro, Kashmir, Pattani, penyembelihan di Tanjung Periuk dan bumi Aceh di Indonesia. Di medan pertempuran bumi Afghanistan, ramai pula anak bangsa kita turut berjuang atas nama agama.

Di antaranya ada dua anak Melayu yang telah diterima dagangnya oleh Al Khaliq. Yang pertama bernama Abdul Aziz Samad dari Selangor pada pertengahan 1988 namun tiada rekod untuk diceritakan lebih lanjut. Yang kedua ialah Assyahid Fauzi Ismail.

Latar Belakang As Syahid
Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. Dilahirkan dalam pada 1 September 1962, anak muda yang periang dan kental dengan semangat perjuangan ini merupakan pemuda PAS yang istiqomah mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987. Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang berkeluasan lebih kurang 48 relung. Apabila berlaku rampasan sebahagian tanah tapak projek oleh pihak berkuasa, ratusan pemuda telah menawarkan diri untuk mengawal muassasah tersebut. Assyahid antara pemuda yang sanggup berjaga malam di sana.

Miskipun tidak mempunyai pendidikan asas agama yang mendalam tetapi semangat untuk menghayati perjuangan agama begitu kental. Sebelah siangnya beliau membuka kedai runcit di kampung dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji al Quran, mengikut kuliah pengajian agama dan berusrah di tapak muassasah itu. Bermalam di sana memang mencabar kerana bertemankan nyamuk dan kedinginan malam. Mereka juga melibatkan diri dalam kerja sosial di kawasan setempat.

Fitnah Menduga Jiwa
Penglibatan pemuda-pemuda di Muassasah tersebut rupanya kurang disenangi oleh banyak pihak samada pihak luar maupun veteran-veteran PAS sendiri. Ekoran dari itu pihak berkuasa tempatan telah mengawasi mereka, lebih-lebih lagi bila aktiviti seni pertahanan diri diamalkan di sana. Guru silat mereka telah dilucutkan tauliah mengajar gara-gara tekanan pihak tertentu. Tekanan banyak pihak ini benar-benar mencabar mereka untuk bermujahadah di jalan Allah.

Berjihad
Idea untuk berjihad bersama mujahidin di bumi Afghanistan tercetus selepas menyaksikan kekejaman kaum kuffar menzalimi saudara-saudara seagama di sana. Ekoran dari itu mereka bersepakat untuk mewakafkan diri sebagai anggota mujahiddin. Setelah bersusah payah mencari wang perbelanjaan untuk pergi ke bumi yang sedang bergelora itu, akhirnya sebilangan anak muda dari tapak muassasah ini berjaya menyertai lain-lain sukarelawan perang jihad dari berbagai negara.

Dagangnya Dibeli Allah
As Syahid dan rakan-rakannya berpeluang kali pertama melawat kem musuh dan bandar Argoon yang telah menjadi padang jarak padang terkukur ditawan oleh mujahiddin. Bangkai musuh masih terbiar di jalanan tetapi keadaan cuaca yang begitu sejuk di sana menyebabkan bangkai tersebut tidak busuk. Berjuang di sini begitu mencabar ketika di musim sejuk kerana kedinginannya begitu mencengkam hingga ke tulang hitam.

Di Khemah, mereka berkawal dan bertugas mengikut jadual. Berpuasa sunat, sholat malam dan latihan jasmani dilakukan. Suatu pagi, dikisahkan assyahid ini bangun mandi sedangkan waktu itu musim sejuk. Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.

Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.

Memang sudah ditakdirkan antara ratusan biji bom dari kereta kebal musuh itu, ada peruntukan oleh Allah untuk assyahid Fauzi Ismail. Dengan gugurnya ledakan bom itu, berterbanganlah bidadari dari syurga Firdaus menyambut assyahid. Janji Allah itu benar, mimpi beliau sebelum ini memang menjadi kenyataan. Allah telah membayar nyawanya dengan keharuman kasturi dan bidadari yang serba suci. Anak muda itu syahid pada 28 Julai 1989. Allahu Akbar!!

Tanda Kesyahidan
As Syahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.


وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٲتَۢا‌ۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ يُرۡزَقُونَ (١٦٩

Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki. [al-'imran, 3:169]

Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini.

Apabila ditanya kepada bapanya tentang anaknya itu, beliau menjawab:

"Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat... saya bersyukur."

ALLAHU AKBAR!!!

Firman Allah yang bermaksud:

إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَ‌ۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّ۬ا فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِ‌ۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِ‌ۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعۡتُم بِهِۦ‌ۚ وَذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (١١١

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

[at-taubah, 9:111]

Selingkar kisah ini dipetik dari buku Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan tulisan saudara C.N Al Afghani @ Zainon Ismail. -qarl- melalui bicaradunia

credit to : ping.busuk.org

Sunday, March 11, 2012

ISU HALAL : Ke mana hala-tuju nya

2 kes di bawah menunjukkan betapa serius nya isu ini di dalam kehidupan umat islam di zaman ini.

Kes 1
Sewaktu selesai makan di sebuah restoran Pizza Hut, seorang pelayan muda memberi anak2 aku beberapa biji gula2. Secara spontan anak aku yg baru berumur 7 tahun bertanya, "ada halal tak? (ada logo halal tak)" pelayan tersebut lantas menjawab, "gula2 tak payah ada (logo) halal".

Kes 2
Sewaktu membeli di kantin sebuah Sek Ren Islam, anak aku diberi gula2 oleh pemilik kantin tersebut. Sekali lagi dgn spontan dia berkata, "tak dak (logo) halal pun" pemilik kantin mcm nak marah menjawab, "dah org bagi, bukan nak berterima-kasih".

Bila pulang ke rumah, dia menunjukkan gula2 tu, mmg tulis cina ja. Tak tau la gula2 apa.

Pizza Hut adalah antara jenama yg diberi sijil halal oleh JAKIM. Diharap pihak JAKIM juga membuat pemantauan ke atas premis2 yg telah diberi sijil halal ini kerana mungkin ada di antara mereka yg berasa selesa dengan status tersebut hinggakan lalai seperti kes 1 di atas.

Utk kes 2, kita dapat bayangkan betapa teruknya keadaan umat islam sekarang hinggakan halal-haram diambil mudah walaupun dlm persekitaran sek rendah Islam sebagai contoh, apatah lagi di sekolah Sekular!!! Bila dibangkitkan dlm mesyuarat PIBG, semua terkebil2. Mungkin dlm kepala masing2 masih menganggap isu 'gula2 halal' adalah remeh berbanding isu PRU13 ???

Jgn pelik kalau anak2 kita amat susah nak belajar agama... tgk2lah apa yg mereka makan.

Tuesday, February 28, 2012

BAHAYA MENOLAK SISTEM PEMERINTAHAN KHALIFAH......!!!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

HAMPIR seluruh Ummat Islam, mulai dari orang awam, pemimpin2 masyarakat, orang2 alim (kitab/fiqh) pada akhir zaman ini lebih gemar, lebih gembira, lebih selesa Sistem Demokrasi Liberal Secular memerintah Negara berbanding dengan Sistem Khalifah menurut Manhaj Al-Qur'an dan Sirah Nabawiyyah!

Alasan mereka mudah :
1. Sistem secular ini di sukai oleh seluruh Ummat Islam
2. Ummat Islam sudah sebati dengan Demokrasi
3. Ummat Islam mahu hidup bebas, tak mahu di kongkong
4. Sangat susah laksanakan Sistem Khalifah kerana syarat2nya banyak
5. Sistem Khalifah tak sesuai di zaman ini

Keadaan ini berlaku bukan sahaja kepada orang2 awam, bahkan sebahagian Jamaah2 yang selama ini bergerak di atas 'platform' Islam turut terpalit dengan fahaman ini....!!!

Sedangkan sepatutnya semua Gerakan Islam/Jamaah Islam mempunyai MATLLAMAT mengembalikan Sistem Pemerintahan Khalifah sebagaimana perintah Allah dan Sunnah RasulNya.

Walau apa pun jalan yang di lalui samada melalui jalan kekuatan atau jalan perdamaian, MATLAMAT ini tidak boleh berubah yakni meninggikan Kalimah La-Ilaha Illallah Muhammad-ur-Rasulullah. Dan ini tidak mungkin dapat di laksanakan melainkan dengan cara mendirikan Sistem Pemerintahan sebagaimana Pemerintahan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Khulafa A-Rashidin yang mendapat Rahmat Allah!

Jadi adalah suatu hal yang sangat pelik, ramai orang Islam zaman ini mula meremehkan dan mempertikaikan kemampuan melaksanakan Sistem Pemerintahan Khalifah!


JANGAN TERGESA-GESA KITA MESTI IKUT PERINGKAT2.....???

Pendapat Gerakan islam yang berjaya didalam Revolusi di Timur Tengah!
Pendapat mereka yang lebih serasi dengan Sistem Demokrasi jahiliyah sekarang. Bagi mereka biarkan dulu masyakarat dengan ideology Demokrasi sekarang. Mereka akan didik perlahan2! Bila semua sudah bersedia, barulah mereka akan laksanakan Hukum Islam/Sistem Khalifah!

Persoalan:

1. Berapa lama anda perlukan untuk membuat perubahan ini?

2. Mengapa anda perlu habiskan masa/tenaga bertanding dalam pilihanraya, dan memenangi pilihanraya di atas tiket Islam, keumudian biarkan masyarakat dengan pegangan masing2? Bukankah lebih baik menumpukan kepada pendidikan masyakarat terus dengan didikan islam.

3. Mengapa anda bertanding atas Nama Gerakan Islam sedangkan kesudahannya TIDAK membawa sebarang perubahan kepada sistem kufur yang menguasai negara? Sepatutnya anda JANGN gunakan nama Islam, tetapi bertanding atas nama Parti Demokrasi.


4. Apa gunanya anda memiliki kuasa kuasa eksekutif dan kuasa legislatif jika tiada usaha untuk menukar Sistem Jahiliyah kepada Sistem Islam? Jika dengan kuasa yang diberikan, anda tidak dapat berbuat apa2 perubahan demi Islam, menurut Hukum Islam, lebih baik jangan bertanding didalam pilihanraya.

5. Cuba fikir dengan aqal yang sihat, manakah masyarakat negara orang Islam di dunia ini yang sudah diperintah bertahun2 di bawah demokrasi bersedia mengikut Hukum2 Islam?

Jawapannya TIADA. Hatta di negara seperti Afghanistan dan Pakistan yang majoriti Islam pun tak bersedia untuk amalkan Hukum2 Islam sepenuhnya sedangkan mereka sudah di didik berpuluh tahun dengan Islam! Mereka tetap selesa dengan Sistem Demokrasi!!!


Jadi kata2 kita akan laksanakan Islam perlahan2 hanyalah kata2 untuk sedapkan nafsu dan syahwat duniawi!

Beringat-ingatlah dengan amaran Allah dan RasulNya:




Allah Ta'ala berfirman,

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَـنَـتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kalian mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepada kalian, sedang kalian mengetahui.” (Al-Anfâl : 27)


Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

“Setiap pengkhianat memiliki bendera pada bagian belakangnya pada hari khiamat nanti, yang akan ditinggikan (bendera tersebut) sesuai dengan kadar pengkhianatannya yang dilakukan. Ingatlah, tiada pengkhianatan yang melebihi pengkhianatan oleh para pemimpin masyarakat” (Muslim)



Abu Dzar berkata:

“Ya Rasulullah, mengapa engkau tidak menjadikanku sebagai pegawai (yang memegang satu jabatan)?” Kemudian Baginda menepuk pundakku dan bersabda “Hai Abu Dzar, sungguh kamu ini seorang yang lemah dan jabatan itu amanah. Pada Hari Kiamat nanti, jabatan itu menjadi kehinaan serta penyesalan, kecuali bagi orang yang melaksanakannya secara benar dan menunaikan semua kewajibannya” (Muslim)




Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

“Allah berfirman,Ada tiga kelompok manusia yang akan menjadi musuh-Ku pada hari Kiamat nanti. Seorang yang diberi amanah kepemimpinan, lalu berkhianat, seorang yang menjual orang yang merdeka dan memakan hasil penjualannya, seorang yang mempekerjakan seorang buruh. namun saat buruh itu meminta haknya, maka dia menolak memberikan upahnya” ( Bukhari)




Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

“Empat perkara, seseorang yang memilikinya, dia adalah seorang munafiq sejati. Dan orang yang memiliki sebagiannya, dia memiliki bagian dari kemunafikan hingga meninggalkannya: jika diamanahi dia berkhianat, jika berkata berdusta, jika berjanji mengingkari, dan jika bersengketa berbuat jahat.” [Bukhari dan Muslim]



Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لاَ إِيمَانَ لِمَنْ لاَ أَمَانَةَ لَهُ وَلاَ دِينَ لِمَنْ لاَ عَهْدَ لَهُ

“Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menepati janji.” [ Ahmad ]





PERBEZAAN DI ANTARA MENGAKUI KELEMAHAN DAN MEREMEHKAN HUKUM...!

Terdapat perbezaan yang amat ketara di antara mengakui kelemahan diri kerana kegagalan mendirikan 'hukum' dengan meremehkan, merendahkan, mempertikaikan suatu Hukum daripada Hukum2 Islam!

Jika seseorang mengatakan ; " Saya tak mampu kerana kelemahan saya" dengan dia mengatakan ; "saya tak rela" adalah dua perkara yang berlawanan!

Menurut pendirian Ahlis Sunnah Wal Jamaah, tidak rela atau tidak meredhai sesuatu hukum Allah Ta'ala adalah perkataan yang bertentangan dengan Aqidah dan ucapan pengakuan Kalimah Syahadat! Apalagi mempertikaikan atau bermusuhan dengan Hukum2 tersebut!

Sesungguhnya ini adalah malapetaka bagi IMAN....!!! Tetapi kebanyakan mereka tidak menyedari perkataan dan tingkahlaku mereka boleh membawa kepada kebinasaan diri!

Sesungguhnya Ummat Islam tidak menyedari malapetaka yang bakal menimpa mereka!


وَٱتَّبِعُوٓاْ أَحۡسَنَ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكُم مِّن رَّبِّڪُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَڪُمُ ٱلۡعَذَابُ بَغۡتَةً۬ وَأَنتُمۡ لَا تَشۡعُرُونَ

Dan turutlah Al-Quran sebaik-baik. (Panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.
[Az-Zumar, Chapter #39, Verse #55]




أَفَأَمِنُوٓاْ أَن تَأۡتِيَہُمۡ غَـٰشِيَةٌ۬ مِّنۡ عَذَابِ ٱللَّهِ أَوۡ تَأۡتِيَہُمُ ٱلسَّاعَةُ بَغۡتَةً۬ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ

(Mengapa mereka bersikap demikian?) Adakah mereka merasa aman dari didatangi azab Allah yang meliputi mereka, atau didatangi hari Qiamat secara mengejut, sedang mereka tidak menyedarinya?
[Yusuf, Chapter #12, Verse #107]-



@@@@@
@@@@@@@
@@@@@@@@@@

RENUNGAN BUAT SEMUA ..........!!!


Demi menyelami mutiara hikmah yang telah di tinggalkan/di cicirkan oleh Ummat sepanjang zaman Ftinah, maka sewajarnya mereka2 yang insaf kembali kepada petunjuk2 Ilahi didalam Penciptaan mereka sebagai makhluk istimewa di atas muka bumi.....!




AMANAH AGUNG - KHALIFAH...!

Pada kejadian Alam semesta, didalam Qadha dan Qadar Ilahi yang Azali, makhluk bernama 'insan' telah di taqdirkan menjadi Pemerintah Dunia!

Pemerintah ini adalah KHALIFAH ALLAH yang menanggung AMANAH bagi kesejahteraan Ummat manusia!


Firman Allah Ta'ala :

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ


dan



Friman Allah Ta'ala :



إِنَّا عَرَضْنَا الاٌّمَانَةَ عَلَى السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ وَالْجِبَالِ فَأبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإِنْسَـنُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً


“Sesungguhnya Kami telah tawarkan amanah itu kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka enggan memikulnya dan mereka khuatir tentangnya, tetapi dipikul dia oleh manusia. Sesungguhnya (manusia) itu sangat zalim lagi bodoh. “ (Al-Ahzab, : 72)

Apa yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah "Amanah kekhalifahan", AMANAh IMAN dan ISLAM!, Amanah Agama Allah yang suci! Seluruh makhluk Allah yang lain tidak sanggup memikulnya. Tetapi ADAM telah menyatakan kesanggupannya untuk menanggung AMANAH ini.


Ibnu Abbas berkata:

"Yang dimaksudkan dengan AMANAH dalam ayat di atas ialah TA’AT (kepatuhan). Allah SWT telah tawarkan AMANAH tersebut kepada langit, bumi dan gunung-ganang sebelum ia ditawarkan kepada Nabi Adam. Allah berfirman kepada Adam Alaihis Salam: “Wahai Adam, sesungguhnya Aku telah tawarkan AAMANAH ini kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi mereka tidak mampu memikulnya, maka adakah engkau mahu mengambil apa yang terkandung di dalam AMANAH itu?” Adam bertanya: Wahai Tuhanku, apakah kandungan amanah itu? Allah Ta'ala menjawab: Sekiranya engkau berbuat ihsan niscaya engkau akan diberi ganjaran, dan sekiranya engkau berbuat jahat niscaya engkau akan dihukum. Lalu Nabi Adam pun mengambil amanah tersebut dan memikulnya." Namun tidakpun sampai pun beberapa jam Adam telahpun menderhakaiNya dengan mamakan buah khuldi yang ditegah untuknya."


Al-Hassan mengatakan :

AMANAH adalah undang-undang dan hukum Allah yang wajib di ta'ati.

Menurut al-Qurthubi :

AMANAH bermaksud Agama.


Ibnu Umar mengatakan :

Seluruh penciptaan manusia adalah AMANAH - telinga, mata, perut, tangan dan kaki semuanya AMANAH!


Setengah Ulama lain menyebut :

AMANAH adalah kepatuhan dan Ubudiyyah kepada Allah Ta'ala.





NABI MUHAMMAD ADALAH KHALIFAH PERTAMA (HAKIKI)

Semua Nabi2 bermula dari Nabi Adam sehingga kepada Junjungan Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah KHALIFAH!

KHALIFAH Pertama pada hakikatnya (di alam Sirriah) adalah Junjungan kita Muhammad صلى الله عليه وسلم. Baginda sudah menjadi Nabi ketika Nabi Adam masih belum di ciptakan!


Keterangan dari Hadith:

“Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau?’ Baginda menjawab, “Sejak saat ketika Adam masih dalam keadaan antara ruh dan jasad.” (Riwayat Tirmidzi)


Baginda juga bersabda,

“Aku sudah menjadi Nabi ketika Adam masih dalam bentuk antara air dan tanah. Juga Baginda bersabda, “Aku telah ditetapkan disisi Allah sebagai Khatamun-Nabiyyin, sedangkan Adam masih dalam bentuk tanah.


Imam Ahmad bin Hanbal berkata ; t

"Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Mahdi, telah menceritakan kepada kami Manshur bin Sa'd dari Budail dari Abdullah bin Syaqiq dari Maysarah Al Fajr dia berkata; aku bertanya; "Wahai Rasulullah, Bilakah engkau dicatat sebagai seorang Nabi?" Baginda bersabda: "Ketika Adam 'alaihis salam antara Ruh dan Jasad." (Imam Ahmad)"



SISTEM PEMERINTAHAN KHALIFAH DI DALAM MENDIRIKAN SYI'AR ILAHI

Nabi صلى الله عليه وسلم melaksanakan setiap perintah Allah Ta'ala didalam menjalankan hukum di kalangan manusia tanpa melebihkan atau mengurangi dari perintah tersebut.

Para sahabat Khulafa' Ar-Rashidin kemudiannya mengikuti jejak langkah Nabi didalam mengembangkan dan mempertahankan Syari'at sebagaimana wasiat Nabi صلى الله عليه وسلم.

Ulama Ahlis Sunnah menamakan Sistem Pemerintahan Nabi dan Sahabat Khualafa' Ar-Rashidin sebagai Sistem Pemerintahan Khalifah. Mereka juga sepakat bahawa Sistem Pemerintahan KAHLIFAH telah tamat (pada zahirnya) dengan tamatnya Pemerintahan Sayyidina Ali كرم الله وجهه.



Adakah di sini terlihat pentingnya AMANAH KHALIFAH?
Adakah KHALIFAH di jadikan sebagai untuk main2?
Adakah KHALIFAH hanya sekadar bahan cerita sejarah?

Mari kita merenung ke dalam diri kita sebagai individu, sebagai ketua keluarga, sebagai pemimpin .... sejauh mana kita telah tunaikan AMANAH ini....!!!






Allahu Ya Allah!

Friday, February 24, 2012

Rasulullah SAW Dan Pedita Yahudi , Zaid bin Sanah

Diriwayatkan oleh At-Thabrani dari Abdullah bin Salam r.a bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w keluar bersama sahabat-sahabat baginda, di antaranya Ali bin Abi Thalib r.a.

Tiba-tiba datang menemui beliau seorang Badwi dengan berkenderaan, lalu berkata; "Ya Rasulullah. di kampung itu ada sekumpulan manusia yang sudah memeluk Agama Islam dengan mengatakan bahawa jika memeluk Islam, mereka akan mendapat rahmat dan rezeki dari Allah. Tetapi sesudah mereka semua peluk Islam, terjadilah musim kering dan panas yang bersangatan sehingga mereka ditimpa bahaya kelaparan.

Saya khuatir ya Rasulullah jika mereka kembali kufur meninggalkan Islam kerana soal perut, kerana mereka memeluk Islam juga adalah kerana soal perut. Saya ingin agar kepada mereka engkau kirimkan bantuan untuk mengatasi bahaya kelaparan yang menimpa mereka itu."

Mendengar keterangan itu. Rasulullah s.a.w lalu memandang Ali bin Abu Thalib. Ali mengerti maksud pandangan itu sambil berkata, "Ya Rasulullah, tidak ada lagi bahan makanan pada kita."

Zaid bin Sanah, seorang Pendita Yahudi yang turut mendengarkan laporan orang Badwi dan jawapan Ali bin Abu Thalib lalu mendekatkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau suka, akan saya belikan kurma yang baik lalu kurma itu dapat engkau beli padaku dengan hutang dan dengan perjanjian begitu, begini."

Berkata Rasulullah s.a.w, "Jangan dibeli kurma itu sekiranya kau berharap aku berhutang kepadamu tetapi belilah kurma itu dan berilah kami pinjam dari engkau."

"Baiklah." jawab Zaid bin Sanah.

Zaid bin Sanah pun membeli buah kurma yang baik-baik lalu menyerahkan kepada Rasulullah s.a.w dengan perjanjian-perjanjian tertentu dan akan dibayar kembali dalam jangka waktu yang tertentu pula. Sebaik saja Rasulullah s.a.w menerima kurma itu, lalu diarahkan supaya buah kurma tersebut diserahkan dan dibahagi-bahagikan kepada penduduk kampung yang ditimpa bencana itu.

Berkata Zaid bin Sanah, "Dua atau tiga hari sebelum tiba tempoh perjanjian pengembalian pinjaman seperti yang ditetapkan dalam perjanjian itu, Rasulullah s.a.w keluar menziarahi orang mati bersama Abu Bakar, Umar, Usman dan beberapa orang sahabat yang lain.

Setelah selesai menyembahyangkan jenazah tersebut, Rasulullah s.a.w pergi ke suatu sudut untuk duduk lalu saya menghampirinya dengan memegang erat-erat bajunya dan berkata kepadanya dengan sekasar-kasarnya. "Hai Muhammad, bayar hutangmu kepadaku, aku tahu bahawa seluruh keluarga Abdul Mutalib itu selalu melengah-lengahkan masa untuk membayar hutang!"

Mendengar kata-kataku yang kasar itu, wajah Umar bin Khattab merah padam kemarahannya, lalu berkata, "Hai musuh Allah, engkau berkata begitu kasar terhadap Rasulullah dan berbuat tidak sopan. Demi kalau tidak kerana rasa hormatku terhadap Rasulullah s.a.w yang berada di sini, sungguh tentu akan ku potong lehermu dengan pedangku ini."

Rasulullah memandang Pendita Yahudi tersebut dalam keadaan tenang dan biasa saja, lalu berkata kepada Umar, "Hai Umar, antara saya dengan dia ada urusan hutang piutang yang belum selesai. Sebaik-baiknya engkau menyuruh aku membayar hutang itu dan menganjurkan kepadanya untuk berlaku baik menuntut hutangnya. Hai Umar, pergilah bersama dia ke tempat penyimpanan kurma, bayarlah hutang itu kepadanya dan tambahlah 20 gantang sebagai hadiah untuk menghilangkan rasa marahnya."

Setelah Umar membayar hutang itu dengan tambahan tersebut, lalu Zaid bin Sanah pun bertanya kepada Umar, "Kenapa ditambah hai Umar?" Berkata Umar, "Diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w tambahan ini sebagai imbangan kemarahan engkau."

"Hai Umar, kenalkah engkau siapa aku?" Tanya Zaid bin Sanah. "Tidak." Jawab Umar.

"Akulah Pendita Zaid bin Sanah."

"Engkau ini Pendita Zaid bin Sanah?" Tanya Umar agak terkejut. "Ya." Jawab Zaid bin Sanah ringkas.

"Kenapa engkau berlaku demikian rupa terhadap Rasulullah s.a.w? Engkau berlaku begitu kasar dan begitu menghina?" Tanya Umar lagi.

Zaid bin Sanah menjawab, "Hai Umar, segala tanda kenabian yang aku dapati dalam kitab Taurat sudah aku temui pada diri Rasulullah itu. Selain dua perkara yang aku sembunyikan dan tidak aku sampaikan kepada Rasulullah iaitu bahawa perasaan santunnya selalu mengalahkan perasaan marahnya. Makin marah orang kepadanya, makin bertambah rasa kasih sayangnya terhadap orang yang marah itu.

Dengan kejadian itu hai Umar yang sengaja diatur, aku sudah tahu dan lihat sendiri kedua sifat itu terdapat pada diri Muhammad itu. Aku bersumpah di depanmu hai Umar, bahawa aku sungguh-sungguh suka dan redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai nabi dan ikutanku."

Umar dan Zaid bin Sanah pun kembali mendapatkan Rasulullah s.a.w. Sebaik saja berhadapan dengan Rasulullah s.a.w, lalu berkata Zaid bin Sanah, "Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan rasulNya."

Zaid bin Sanah turut berjuang dan bertempur bersama Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin hampir di setiap medan perang dan akhirnya mati syahid di medan Perang Tabuk.

Demikianlah caranya bagaimana Zaid bin Sanah, seorang Pendita Yahudi menganut Agama Islam , beriman dengan Rasulullah s.a.w dan bersumpah akan membela Islam sehingga akhir hayatnya

Thursday, February 9, 2012

Lagi Kes Halal & Haram


Salam Ustaz,

Saya ada satu kemusykilan. Di bawah Office saya, ada satu cafe yang saya sendiri tidak tahu pemiliknya samada Islam atau tidak. Pekerjanya seorang indonesia, seorang melyu islam & seorang iban yang baru convert to Islam (khabarnya). Cafe tersebut dikendalikan oleh seorang Cina tua yang agak kotor / lusuh. Makanan seperti yang dimaklumkan oleh pekerja cafe, disediakan oleh org Melayu Islam (wallahualam - tak pasti). Makanan sering dibawa oleh Cina tersebut menggunakan Van yang buruk. Saya juga sering melihat ada Cina yang makan di cafe tersebut membawa makanan dari rumah tapi menggunakan pinggan cafe tersebut.

Saya hanya minum minuman tin sahaja di cafe itu tetapi kawan2 seagama sering makan dan minum di stu seperti biasa. Saya rasa terpanggil untuk menasihati mereka tetapi mereka hanya endah tak endah saja.

Minta Ustaz bagi pendapat / suggestion utk saya menasihati kawan2 yg seagama.
W'salam


jawapan (ust pondok ar-rahman)

wa'alaikumussalam warahmatullah. cara yg tuan buat itu betul, lbh tpt lg.., jgn beli apa2 pun dikedai kafir yg seperti itu. [kulu mintaiyyibatima razaqnakum : makan minumlah drpd rezqi yg halal lagi baik], at-taiyyibat : suci cara proses,cara pengurusan, suci tuan yg memasak [drpd awal proses hingga akhirnya semuanya suci, bersih, halal], wajib bg semua org2 islam menjaga dr drpd terjatuh ke lembah syubhah dan haram.





Wednesday, February 8, 2012

Halal @ Haram ?

Lokasi jalan2 cari makan weekend ni ialah KLCC.... Dah lama rasanya tak melawat KLCC +- makan tahun jugak la. Byk sungguh tempat makan di KLCC ni, tapi halal ke ? Tgk ramai org ISLAM main terjah jer, cam tak peduli Halal-Haram. Sedih tgk umat Islam skrg, main terjah mcm tak dak beza halal dan haram. Ingat... makanan itu lah yg akan jadi darah daging kita dan mempengaruhi kehidupan harian kita. Jom terjah..................


Ice-Cream - tak dak sign halal ???


Pop Corn - tak dak sign halal jugak tapi org timpa berduyun2


Last2 layan secret receipe jugak - yg ni JAKIM tanggung

Thursday, January 19, 2012

Jenama Sabun Mandi Halal

Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;

“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).

Mencari yang halal itu bukan hanya tertumpu kepada barang makanan sahaja, tetapi juga barang keperluan harian seperti sabun mandi, sabun basuh dll yakni bersih dari najis.

Di bawah saya lampirkan 2 produk 'sabun' yang telah diluluskan JAKIM iaitu Shokubutsu & Antabax. Insyaallah... bersih & selamat

Sumber : Halal Malaysia , islamituindah

Monday, October 3, 2011

Hotel Halal


mantap sungguh hotel ni ...
tgk gambar 1
- sijil halal terpampang kat Lobby / receptionist.

tgk gambar 2
- botol arak bersepah depan main entrance restoran yang dapat sijil halal tu. Dalam fridge dapur pun ada botol arak jugak.

Majlis Agama Islam Pulau-Pinang kena selalu pantau sykt2 yg dah dapat sijil halal ni, agar mereka lebih telus.