Wednesday, September 21, 2011

Kerenah ‘Super Mario’


PENYERANG Manchester City, Mario Balotelli tidak pernah sepi daripada menjadi tajuk berita. Malangnya tidak banyak daripadanya menceritakan mengenai kemampuannya meledakkan kemenangan dengan pelbagai cerita pelik dan tidak masuk akal, menjadikan ‘Super Mario’ antara pemain paling ‘nakal’ di Eropah.

Sikap unik Balotelli, men�dedahkan mengenai tempat barunya selepas berpindah ke Manchester City. Bekas penyerang Inter itu berkata: “Saya tidak gembira tinggal di Manchester. Saya tidak sukakan bandaraya ini. Saya tiada masalah dengan pe�ngurus dan pasukan ini tetapi bandaraya ini tidak menepati cita rasa saya.


Balotelli sering bergaduh ketika latihan sejak menyertai City. Dia terbabit dalam pergaduhan dengan bekas pemain City, Jerome Boa�teng pada Disember tahun lalu dan bulan lalu dia berkelahi dengan pertahanan, Aleksandar Kolarov ketika sesi latihan.


Apabila anda bermain untuk sebuah kelab besar, pastinya anda tidak terfikir untuk menyarung jersi musuh ketat anda tetapi itulah
yang dilakukan Balotelli.

Ketika masih bersama Inter, dia dilihat menyarung jersi AC Milan.



Ketika Inter menewaskan Barcelona dalam separuh akhir Liga Juara-Juara ia satu sebab untuk penyokong dan pemain Nerazzuri meraikannya, kecuali Balotelli. Pemain yang naik angin itu sebaliknya mengoyakkan bajunya dan membuangnya ke arah penyokong kerana reaksi mereka terhadap permainannya yang kurang bersemangat ketika perlawanan.


Bayangkan situasi ini. Anda seorang pemain profesional yang kebosanan, dengan begitu banyak masa terluang bersama adik anda. Apa yang anda lakukan?

Jika anda Mario Balotelli, anda akan memandu Mercedes Coupe anda dan membawanya ke penjara wanita. Pegawai penjara menjelaskan kedua-duanya disoal selama setengah jam dan berkata mereka ingin tahu sama ada ia benar-benar penjara wanita.


Tajuk berita terkini berkaitan Balotelli adalah kemungkinan dia mempunyai hubu�ngan dengan Mafia. Bintang City itu disoal oleh detektif selepas dia dibawa memasuki kawasan jenayah di Naples oleh samseng. Dia tidak disyaki melakukan sebarang jenayah dan polis mahu pemain itu menjelaskan hubungannya dengan orang yang membawanya sebagai sebahagian daripada penyiasatan mengenai jenayah terancang di kawasan itu.


Ketika itu kempen pra-musim, anda dalam perlawanan jelajah dan kelab mendapatkan ramai pemain berstatus bintang. Inilah masanya untuk mencuri perhatian. Malangnya tindakan Balotelli cuba menjaringkan gol menggunakan tumit ketika menentang LA Galaxy menyebabkan Roberto Mancini segera mengarahkannya keluar padang.


Berita mengenai Balotelli sering berkisar mengenai perkara buruk tetapi kali ini lebih positif. Selepas menghabiskan masanya di kasino, Balotelli menang �25,000 (RM122,430) dan ketika keluar memberikan �1,000 (RM4,8970 kepada seorang kutu rayau. Kita tahu dia seorang yang berhati mulia.


Adalah penting bagi penyerang hebat sentiasa bekerja keras untuk latihan menjaringkan gol bagi memantapkan penyudah mereka tetapi versi Balotelli pula membabitkan balingan dart ke pemain remaja dari tingkap. Mujurlah Mario bukan Phil “The Power” Taylor dan pemain muda itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


Dalam aksi pemanas badan sebelum perlawanan Liga Europa antara City dan Dynamo Kiev, Balotelli dilihat menghadapi masalah menyarung bib latihannya.

Source : HMETRO

Sunday, September 18, 2011

Carta Senarai Penjaring Piala Malaysia 2011

5 GOL
Kyril Muhymeen Zambri - Kedah

3 GOL
Yong Kuong Yong - Kuala Lumpur
Hairuddin Omar - Negeri Sembilan
Shahurain A.Samah - Negeri Sembilan
Norfazly Alias - T-Team
Farderin Kadir - Felda United
Zainizam Marjan - Sabah
Failee Ghazali - Perak

2 GOL
Fadzli Shaari - Selangor
Reeshafiq Alwi - Terengganu
Manaf Mamat - Terengganu
Shafiq Jamal - Perak
Eddy Helmi Manan - Johor FC
Azuwad Aripp - Johor
Norfarhan bin Mohamad - T-Team
Zairo Anuar Zailani - T-Team
Ashaari Samsudin - Terengganu
Fauzan Dzulkifli - PKNS FC

1 GOL
Azmi Muslim - Kedah
Baddrol Bakhtiar - Kedah
Mohd Fitri Omar - T-Team
Mohd Amri Yahyah - Selangor
S. Chanturu - Kelantan
Norshahrul Idlan - Kelantan
Shukor Adan - Negeri Sembilan
Firdaus Azizul - Negeri Sembilan
Joseph Kallang - Terengganu
Nizam Abu Bakar - Felda United
Ramzul Zahini Adnan - Kelantan
Shakir Shaari - Kelantan
Badrul Hisham - Kuala Lumpur
Norhafizuan Jailani - PKNS FC
Zamri Hassan - PKNS FC
Norhisham Hassan - PKNS FC
Rajesh a/l Perumal - PKNS FC
Radzi Mohd Hussin - Sabah
K.Thanaraj - Sabah
Shahrul Azhar Ture - Sabah
D. Saarvindran - Felda United
Noraslan Makhtar - Johor FA
Ashadi Mohd Yusof - Johor FA
Mohd Fazrul Hazli Khadri - Perak


OWN GOAL
Azrul Azman - Sime Darby
Mohd Fauzi Nan - Kedah


RED CARD
Farizal Marlias - GK - Negeri Sembilan
Al Husairi Ibrahim - GK - PDRM FA
Mohd Fazrul Hazli Khadri - MF - Perak
Badrol Bakhtiar - FW - Kedah
V. Thirumurugan - DF - Kedah