Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Hotel Halal


mantap sungguh hotel ni ...
tgk gambar 1
- sijil halal terpampang kat Lobby / receptionist.

tgk gambar 2
- botol arak bersepah depan main entrance restoran yang dapat sijil halal tu. Dalam fridge dapur pun ada botol arak jugak.

Majlis Agama Islam Pulau-Pinang kena selalu pantau sykt2 yg dah dapat sijil halal ni, agar mereka lebih telus.




Tuesday, July 26, 2011

Cuti + Budget

Pada mulanya memang aku tak dak niat nak cuti cut2 kos nih. Bukan apa, selalu sgt aku bercuti sambil nak cut kos (bolah kata semua la). So kali ni aku nak cuti kat hotel mewah pulak. Kalau boleh nak duduk hotel 5*.

Step 1: Target Area: kat mana nak bercuti & bila?
Step 2: Search hotel yg menyediakan makanan halal - klik
Step 3: Check condition hotel2 tersebut (rate + bilik + facilities)

So, resultnya adalah seperti berikut

Lokasi: Aku nak pegi PD je sbb dekat
Bila: weekend, 2 hari semalam
Ciri hotel: berbintang, ada swimming pool, buffet

Pilihan 1: The Legend International Water Homes (with private swimming pool) - klik
Pilihan 2: The Legend Water Chalet (chalet atas air) - klik
Pilihan 3: Le Paris - klik
Pilihan 4: Thistle - klik
Pilihan 5: TBR (Tiara Beach resort) - klik

Nak ditakdirkan Allah swt semua hotel berbintang kat PD fully book. Terus aku ke last choice, TBR. Tinggal suite saja 400++. Last2 Pak guard ada offer private studio RM180 sekali main kat waterpark. Belasah... dah rezeki kat situ.

Kos aku kali ni
Minyak: RM50 pegi balik
Hotel: RM180
Makan: RM220
Lain2: 30

kos tak sampai 500...
Alhamdulillah... Allah dah takdirkan duit aku tak keluar banyak. Yang penting puas dan selamat pergi balik

Thursday, April 28, 2011

4 Point Hotel, Kuching

Four Points by Sheraton Kuching

  • Lot 3186-3187 Block 16 KCLD,
  • Jalan Lapangan Terbang Baru
  • Kuching,
  • 93350
  • Malaysia
Pemandangan hotel dari sebuah kedai mamak merangkap satu2nya kedai halal kat area tu







Skrin LCD 32"






Pemandangan Airport dari Hotel





Sunday, February 13, 2011

Sup Urat Keting UK.

Berpeluh hirup sup

Rebusan selama empat jam rahsia keenakan Sup Urat Keting UK.





SUP memberi Shahdan 'kuasa' tambahan.



SABUL menunjukkan urat keting mentah.



SATE restoran Sabul tidak kurang sedapnya.


SEBELUM ini, Sabul Ismail, 38, merupakan seorang penjual jam tangan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Namun kini dia merupakan seorang usahawan berjaya dengan memiliki Restoran Sup Ketin UK bertempat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Restoran anak kelahiran Terengganu itu menyediakan pelbagai jenis masakan kampung, moden dan juga Barat. Satenya juga tidak kurang sedapnya.

Tidak hairanlah jika ia menerima lebih 500 orang pelanggan setiap hari.

Dijana oleh 20 orang pekerja serta 30 buah meja makan, restoran itu dibuka dari pukul 8 pagi hingga 1 pagi setiap hari. Suasana di restoran itu sahaja sudah cukup membuatkan pelanggan teruja.

Seakan-akan sebuah kopitiam yang diselangi potret gambar menarik di dinding, hidangan masakannya dibuat secara terbuka.

Mengapa namanya Restoran Sup Urat Ketin?

“Sebenarnya buntu saya memikirkan nama restoran ini. Tiga hari saya tidur lewat kerana ingin mencipta kelainan untuk menarik pelanggan.

“Setelah puas berfikir akhirnya datang ilham. Saya rasa sup keting (‘ketin’ dalam dialek Kelantan) merupakan nama terbaik. Anda pelik mendengar namanya, bukan? Sebenarnya yang pelik itulah yang menjadikan orang tertarik,” katanya ketawa.

Sup keting merupakan salah satu menu makanan popular yang terdapat di restoran milik Sabul.

Keting ialah urat kaki lembu berwarna putih dan disaluti lemak. Ia perlu direbus untuk mengasingkan lemaknya. Menu ini amat popular di negeri Kelantan terutama pada Hari Raya Haji.

Malah keting juga boleh dimasak gulai lemak, kerabu dan goreng.

“Saiz keting yang sesuai untuk dibuat sup ialah tiga sentimeter panjang dan satu sentimeter tebal.

“Stok diambil daripada pembekal yang mengimportnya dari New Zealand dan Australia. Sebanyak 30 kilogram urat keting boleh dimasak di dalam sebuah periuk besar,” katanya.

Menurut Sabul, dalam sehari beliau dapat menjual lebih 100 mangkuk sup keting yang berharga RM6 setiap satu.

Antara pelanggan yang selalu datang untuk menikmati sup keting Sabul ialah pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Kid (Hamzah Mohd. Taib), bekas anggota kumpulan Search.

“Mereka datang sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tetapi saya tidak pula bertanya pada Dr. Fadzilah mengenai rahsia makan sup khususnya bagi orang lelaki,” katanya sambil ketawa.


KONSEP hidangan terbuka merupakan satu lagi tarikan restoran milik Sabul.


Sabul juga berkongsi rahsia menyediakan sup keting yang lazat.

“Ramuan untuk membuat sup keting sama seperti membuat sup tulang, sup ekor dan sup gearbox.

“Rempah ratusnya termasuk jintan, kayu manis, bunga lawang, bawang putih, bawang besar, halia dan kayu manis. Semuanya perlu diadun dan direbus bersama selama empat jam.

“Jangan pelik kerana untuk membuatnya perlu ada dua rebusan berbeza, satu rebusan tulang lembu dan satu lagi urat keting bagi membuang lemaknya.

“Apabila telah cukup tempoh rebusan, kedua-dua air rebusan tadi digabungkan sebelum ditambah gula dan garam. Sup ini juga digemari ramai orang Cina,” katanya.

Shahdan Yusof, 29, seorang kontraktor, berpendapat sup keting dapat memberikan beliau tenaga tambahan.

“Saya kerap berpanas di tapak projek, jadi sup keting dapat memberikan saya ‘kuasa’ tambahan. Kebiasaannya saya makan sup ini tiga kali seminggu di sini,” ujarnya.


KIRA-KIRA 500 orang mengunjungi restoran ini setiap hari.


Dengan peluh mengalir di dahi ketika dia menghirup sup dan mengunyah urat keting. Syahil Siadan, 28, ada pendapat sendiri mengenai sup itu.

“Saya berasal dari Kota Bahru, Kelantan. Kebiasaannya sup keting hanya menjadi menu utama ketika Hari Raya Haji. Kini ia dapat dinikmati setiap hari.

“Saya tidak perlu lagi pulang ke Kelantan kerana di Selangor pun ada sup keting,” katanya berjenaka.

Tuesday, February 8, 2011

Muzium Padi



360 rotation mural


Hukum Kanun Kedah (kesalahan di sawah padi)

Batu Tanda Terusan Wan Mat Saman

Laga Kerbau yang telah lama diharamkan

Beras Terbakar

Bahasa Kerbau




Sunday, January 30, 2011

Aroma Ikan Bakar, Jeram, Kuala Selangor





How to go there

From Klang, take Jln Kapar - Kuala Selangor Road until Jeram
Coordinate : lat 3.224162° long 101.304976°


Monday, November 29, 2010

Santai @ Kuantan



Merayau2 sekitar kuantan nak cari makan. Dapat la info satu tempat ni, persekitaran memang santai & mengasyikkan. Makanan.... aduhai harga mahal tak setanding dgn kualiti makanan tersebut.

Tuesday, August 10, 2010

Crocodile Rock


owner is malay & off course a muslim but why still serving Liquor & Wine. Malaysia ku ku ku