Monday, October 3, 2011

Hotel Halal


mantap sungguh hotel ni ...
tgk gambar 1
- sijil halal terpampang kat Lobby / receptionist.

tgk gambar 2
- botol arak bersepah depan main entrance restoran yang dapat sijil halal tu. Dalam fridge dapur pun ada botol arak jugak.

Majlis Agama Islam Pulau-Pinang kena selalu pantau sykt2 yg dah dapat sijil halal ni, agar mereka lebih telus.




Wednesday, September 21, 2011

Kerenah ‘Super Mario’


PENYERANG Manchester City, Mario Balotelli tidak pernah sepi daripada menjadi tajuk berita. Malangnya tidak banyak daripadanya menceritakan mengenai kemampuannya meledakkan kemenangan dengan pelbagai cerita pelik dan tidak masuk akal, menjadikan ‘Super Mario’ antara pemain paling ‘nakal’ di Eropah.

Sikap unik Balotelli, men�dedahkan mengenai tempat barunya selepas berpindah ke Manchester City. Bekas penyerang Inter itu berkata: “Saya tidak gembira tinggal di Manchester. Saya tidak sukakan bandaraya ini. Saya tiada masalah dengan pe�ngurus dan pasukan ini tetapi bandaraya ini tidak menepati cita rasa saya.


Balotelli sering bergaduh ketika latihan sejak menyertai City. Dia terbabit dalam pergaduhan dengan bekas pemain City, Jerome Boa�teng pada Disember tahun lalu dan bulan lalu dia berkelahi dengan pertahanan, Aleksandar Kolarov ketika sesi latihan.


Apabila anda bermain untuk sebuah kelab besar, pastinya anda tidak terfikir untuk menyarung jersi musuh ketat anda tetapi itulah
yang dilakukan Balotelli.

Ketika masih bersama Inter, dia dilihat menyarung jersi AC Milan.



Ketika Inter menewaskan Barcelona dalam separuh akhir Liga Juara-Juara ia satu sebab untuk penyokong dan pemain Nerazzuri meraikannya, kecuali Balotelli. Pemain yang naik angin itu sebaliknya mengoyakkan bajunya dan membuangnya ke arah penyokong kerana reaksi mereka terhadap permainannya yang kurang bersemangat ketika perlawanan.


Bayangkan situasi ini. Anda seorang pemain profesional yang kebosanan, dengan begitu banyak masa terluang bersama adik anda. Apa yang anda lakukan?

Jika anda Mario Balotelli, anda akan memandu Mercedes Coupe anda dan membawanya ke penjara wanita. Pegawai penjara menjelaskan kedua-duanya disoal selama setengah jam dan berkata mereka ingin tahu sama ada ia benar-benar penjara wanita.


Tajuk berita terkini berkaitan Balotelli adalah kemungkinan dia mempunyai hubu�ngan dengan Mafia. Bintang City itu disoal oleh detektif selepas dia dibawa memasuki kawasan jenayah di Naples oleh samseng. Dia tidak disyaki melakukan sebarang jenayah dan polis mahu pemain itu menjelaskan hubungannya dengan orang yang membawanya sebagai sebahagian daripada penyiasatan mengenai jenayah terancang di kawasan itu.


Ketika itu kempen pra-musim, anda dalam perlawanan jelajah dan kelab mendapatkan ramai pemain berstatus bintang. Inilah masanya untuk mencuri perhatian. Malangnya tindakan Balotelli cuba menjaringkan gol menggunakan tumit ketika menentang LA Galaxy menyebabkan Roberto Mancini segera mengarahkannya keluar padang.


Berita mengenai Balotelli sering berkisar mengenai perkara buruk tetapi kali ini lebih positif. Selepas menghabiskan masanya di kasino, Balotelli menang �25,000 (RM122,430) dan ketika keluar memberikan �1,000 (RM4,8970 kepada seorang kutu rayau. Kita tahu dia seorang yang berhati mulia.


Adalah penting bagi penyerang hebat sentiasa bekerja keras untuk latihan menjaringkan gol bagi memantapkan penyudah mereka tetapi versi Balotelli pula membabitkan balingan dart ke pemain remaja dari tingkap. Mujurlah Mario bukan Phil “The Power” Taylor dan pemain muda itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


Dalam aksi pemanas badan sebelum perlawanan Liga Europa antara City dan Dynamo Kiev, Balotelli dilihat menghadapi masalah menyarung bib latihannya.

Source : HMETRO

Sunday, September 18, 2011

Carta Senarai Penjaring Piala Malaysia 2011

5 GOL
Kyril Muhymeen Zambri - Kedah

3 GOL
Yong Kuong Yong - Kuala Lumpur
Hairuddin Omar - Negeri Sembilan
Shahurain A.Samah - Negeri Sembilan
Norfazly Alias - T-Team
Farderin Kadir - Felda United
Zainizam Marjan - Sabah
Failee Ghazali - Perak

2 GOL
Fadzli Shaari - Selangor
Reeshafiq Alwi - Terengganu
Manaf Mamat - Terengganu
Shafiq Jamal - Perak
Eddy Helmi Manan - Johor FC
Azuwad Aripp - Johor
Norfarhan bin Mohamad - T-Team
Zairo Anuar Zailani - T-Team
Ashaari Samsudin - Terengganu
Fauzan Dzulkifli - PKNS FC

1 GOL
Azmi Muslim - Kedah
Baddrol Bakhtiar - Kedah
Mohd Fitri Omar - T-Team
Mohd Amri Yahyah - Selangor
S. Chanturu - Kelantan
Norshahrul Idlan - Kelantan
Shukor Adan - Negeri Sembilan
Firdaus Azizul - Negeri Sembilan
Joseph Kallang - Terengganu
Nizam Abu Bakar - Felda United
Ramzul Zahini Adnan - Kelantan
Shakir Shaari - Kelantan
Badrul Hisham - Kuala Lumpur
Norhafizuan Jailani - PKNS FC
Zamri Hassan - PKNS FC
Norhisham Hassan - PKNS FC
Rajesh a/l Perumal - PKNS FC
Radzi Mohd Hussin - Sabah
K.Thanaraj - Sabah
Shahrul Azhar Ture - Sabah
D. Saarvindran - Felda United
Noraslan Makhtar - Johor FA
Ashadi Mohd Yusof - Johor FA
Mohd Fazrul Hazli Khadri - Perak


OWN GOAL
Azrul Azman - Sime Darby
Mohd Fauzi Nan - Kedah


RED CARD
Farizal Marlias - GK - Negeri Sembilan
Al Husairi Ibrahim - GK - PDRM FA
Mohd Fazrul Hazli Khadri - MF - Perak
Badrol Bakhtiar - FW - Kedah
V. Thirumurugan - DF - Kedah

Tuesday, July 26, 2011

Cuti + Budget

Pada mulanya memang aku tak dak niat nak cuti cut2 kos nih. Bukan apa, selalu sgt aku bercuti sambil nak cut kos (bolah kata semua la). So kali ni aku nak cuti kat hotel mewah pulak. Kalau boleh nak duduk hotel 5*.

Step 1: Target Area: kat mana nak bercuti & bila?
Step 2: Search hotel yg menyediakan makanan halal - klik
Step 3: Check condition hotel2 tersebut (rate + bilik + facilities)

So, resultnya adalah seperti berikut

Lokasi: Aku nak pegi PD je sbb dekat
Bila: weekend, 2 hari semalam
Ciri hotel: berbintang, ada swimming pool, buffet

Pilihan 1: The Legend International Water Homes (with private swimming pool) - klik
Pilihan 2: The Legend Water Chalet (chalet atas air) - klik
Pilihan 3: Le Paris - klik
Pilihan 4: Thistle - klik
Pilihan 5: TBR (Tiara Beach resort) - klik

Nak ditakdirkan Allah swt semua hotel berbintang kat PD fully book. Terus aku ke last choice, TBR. Tinggal suite saja 400++. Last2 Pak guard ada offer private studio RM180 sekali main kat waterpark. Belasah... dah rezeki kat situ.

Kos aku kali ni
Minyak: RM50 pegi balik
Hotel: RM180
Makan: RM220
Lain2: 30

kos tak sampai 500...
Alhamdulillah... Allah dah takdirkan duit aku tak keluar banyak. Yang penting puas dan selamat pergi balik

Thursday, April 28, 2011

4 Point Hotel, Kuching

Four Points by Sheraton Kuching

  • Lot 3186-3187 Block 16 KCLD,
  • Jalan Lapangan Terbang Baru
  • Kuching,
  • 93350
  • Malaysia
Pemandangan hotel dari sebuah kedai mamak merangkap satu2nya kedai halal kat area tu







Skrin LCD 32"






Pemandangan Airport dari Hotel





Tuesday, April 26, 2011

Kejohanan FUTSAL PASTI Puchong 2011

Pada 17 April 2011, telah berlangsung Kejohanan Futsal & Netball antara PASTI2 kawasan Puchong di Tonga FUTSAL Tmn Equine. Sapa menang aku tak tau sbb team anak aku tak lepas 1st round.

Seperti biasa, petugas2 terdiri dari Unit Amal PAS, guru2 Pasti dan guru SERI Nurul Hidayah Puchong etc.

Tabik Spring kepada PASTI2 Puchong sbb berjaya menganjurkan Kejohanan sebesar ini. Agak2 kat TADIKA KEMAS ada ke?

TAHNIAH

Coach lambat sampai - punca kekalahan hahahaha... alasan


Team Netball


Netball


Game Court A


Baca Doa dulu


Pulun


Bergambar


Warming Up


Penyokong yang membanjiri Tongga Futsal


Team Netball + Futsal


Baca Doa dulu

video
Penalti


video
1st Game


Saturday, April 16, 2011

Depa Terkena Lagi !!! Part 1

Baru2 ini kita telah dikejutkan dengan kenyataan PANAS Raja Petra @ RPK, Klik Sini. Kenape? Tak Percaye Ke?

Dan ini pulak yg terbaru dari RPK, Klik Sini & Sini ... hangpa baca betul2, paham dan lu pikirlah sendiri.

Aku tak mau ulas pasal RPK ni, cuma aku nak kongsi secara umum cara pemikiran org malaysia especially Melayu Islam ketika berpolitik.

Mula2 kita tgk puak pembangkang dulu (sbb aku pembangkang).

Mengapa kita jadi Pembangkang ?
1. Sbb kita sokong Anwar, Nik Aziz etc ?
2. Sbb kita meluat ngan Najib / BN etc ?
3. Ikut trend ?
4. Atau sbb kita ISLAM ?

I need the answer PLZ

bersambung...



Friday, April 8, 2011

8 pegawai Imigresen didakwa

Apa la nak jadi dgn org melayu yg beragama islam ni.

8 pegawai Imigresen didakwa

Umoq muda2 lagi dah gelap mata. Apa la sgt dg RM500 tu kalau nak dibandingkan dgn seksaan di akhirat kelak? Nak songlap pun tak cerdik.

Ni la akibatnya kalau basic agama tak kukuh. Ye la kan, ada sekolah agama tak nak dibantu, kira kalut nak suruh tutup.



Apa busuk punya hati !!!

Tuesday, March 29, 2011

RM1juta = sebuah lori

Info dari Buletin Utama malam tadi, ada satu mamak mana ntah dgn cool jer meng'klaim kos penghantaran barang2 makanan utk bantuan tsunami di JEPUN semakin meningkat bilamana harga utk menyewa sebuah lori utk membawa barang2 tersebut adalah RM1 juta !!!! (betul ke @ aku salah dengar ??? )

Kamon la bro, nak membantu org pun ada had nya jugak. Sampai nak membazir duit rakyat ni apa hal? Apa rakyat kat Malaysia ni tak dak yg susah sampai ke tahap tak der org lagi yg layak membayar ZAKAT ke ? Bukan tak boleh ke kalau hantar jer barang2 bantuan tu kat JEPUN, pas tu pandai2 la depa uruskan.... ????

Atau ada benda lain dlm kepala hang

Saturday, March 19, 2011

Sek Ren Keb - register anak (Hayatilah)

1 : Pi sekolah yg kita berkenan - Sek Ren Keb A
2 : Sampai sekolah. Cantiknya sekolah, hias sana-sini
3 : Masuk Opis. Cantiknya opis, hias sana-sini
4 : Kerani etc buat muka cam tarak papa ye...
5 : Ehem Ehem... eh ada tetamu rupanya, "Ada apa encik?"
6 : "Nak register anak sekolah"
7 : "Ohhh... kena online dulu, pas tu print bawak ke sini balik... PAS TU KAMI CAMPAK BORANG ONLINE ehhh sorry pecah tembelang"
8 : "OK"
9 : "Tapi Encik, kena slip gaji, jenis darah anak bla3x"
10:"tak tulis pun dlm borang online benda2 tu"
11:"Kena Encik"

Beberapa hari kemudian
1: Borang online + Borang manual pun dihantar ke Sek Ren Keb A

Beberapa bulan kemudian
1: Tuuut Tuuut Tuuuut.... Hello... "Ni encik xxx bapa kepada yyy ke?"
2: "Ya saya"
3: "Permohonan Encik diluluskan tapi kat sekolah B la"
4: "Tapi saya kan apply kat Sekolah A?"
5: "tapi kat online tulis sekolah B, mungkin Encik silap klik kot"
6: "So, mcm mana? Saya tak nak sekolah B"
7: "Encik gi cancel kat sekolah B datang register balik kat sekolah A tahun depan"

Ponnggggah... aku pun pi cancel mcm yg dia suruh

Tahun berikutnya, bila aku buka online, nama aku still kat sekolah B

Persoalannya sekarang
1 : Apa gunanya borang manual kalau depa just tgk yg online ?
2 : Time submit dulu kerani tu tak check ker ?
3 : Kenapa nama still kat sekolah B sedangkan aku dah cancel ?
4 : jenis darah tu wajib ker ? Kalau tak dak kira tak boleh masuk sekolah ke ?

FIKIR-FIKIRKANLAH

Monday, March 14, 2011

Sukaneka Pasti Kawasan Puchong 2011

Pada hari Sabtu 12 March 2011, bertempat di Padang MPSJ Kg Seri Aman, Puchong telah diadakan majlis Sukaneka antara Pasti kawasan Puchong. Majlis telah dirasmikan oleh YDP PAS Puchong iaitu Ustaz Sufyan Ismail. Turut dijemput untuk memeriahkan majlis ialah bekas penyanyi kumpulan ARROW, iaitu RINGGO. Majlis yang bermula dari pukul 9 pagi telah berakhir sekitar 1 petang



Acara pertama bermula





Gerai-gerai




Perpustakaan bergerak






Acara sampingan - FUTSAL


Lintas Hormat



YDP PAS Puchong mengambil-alih tugas Pengerusi PASTI Selangor untuk merasmikan sukaneka



Acara 6 tahun









Antara yang dijemput hadir