2 kes di bawah menunjukkan betapa serius nya isu ini di dalam kehidupan umat islam di zaman ini.
Kes 1
Sewaktu selesai makan di sebuah restoran Pizza Hut, seorang pelayan muda memberi anak2 aku beberapa biji gula2. Secara spontan anak aku yg baru berumur 7 tahun bertanya, "ada halal tak? (ada logo halal tak)" pelayan tersebut lantas menjawab, "gula2 tak payah ada (logo) halal".
Kes 2
Sewaktu membeli di kantin sebuah Sek Ren Islam, anak aku diberi gula2 oleh pemilik kantin tersebut. Sekali lagi dgn spontan dia berkata, "tak dak (logo) halal pun" pemilik kantin mcm nak marah menjawab, "dah org bagi, bukan nak berterima-kasih".
Bila pulang ke rumah, dia menunjukkan gula2 tu, mmg tulis cina ja. Tak tau la gula2 apa.
Pizza Hut adalah antara jenama yg diberi sijil halal oleh JAKIM. Diharap pihak JAKIM juga membuat pemantauan ke atas premis2 yg telah diberi sijil halal ini kerana mungkin ada di antara mereka yg berasa selesa dengan status tersebut hinggakan lalai seperti kes 1 di atas.
Utk kes 2, kita dapat bayangkan betapa teruknya keadaan umat islam sekarang hinggakan halal-haram diambil mudah walaupun dlm persekitaran sek rendah Islam sebagai contoh, apatah lagi di sekolah Sekular!!! Bila dibangkitkan dlm mesyuarat PIBG, semua terkebil2. Mungkin dlm kepala masing2 masih menganggap isu 'gula2 halal' adalah remeh berbanding isu PRU13 ???
Jgn pelik kalau anak2 kita amat susah nak belajar agama... tgk2lah apa yg mereka makan.
No comments:
Post a Comment