Wednesday, November 14, 2012

Perang Iran - Iraq



Nama negara ni macam adik bradik aje tapi bermusuh. perang ni bukan perang kecik2 tapi perang skala besar punya. Salah satu perang terbesar memakan beratus billion dolar belanja perang kedua2 negara. Memakan masa selama 8 tahun dan memakan korban ratusan ribu nyawa.

Ok laa sebelum kita citer, kita tengoklah dulu camana perang ni boleh berlaku. Mula2 kita tgklah Iraq dulu ya. Pada tahun 70an Saddam dah mula perintah Iraq. Kalo ikut bacaan saya laa, Saddam ni masa mula2 pegang kuasa, dia ni kira ok jugak laa. Ekonomi berjalan lancar dan menjelang masuk akhir 70an, Iraq ni kira macam negara termoden kat rantau tu.

Dan Saddam juga amik dasar berbaik2 dgn negara jiran. Iran seblum tu diperintah oleh Raja dia iaitu Shah Iran (bini dia lawa beb). Saddam takda masalah ngan Shah Iran. kemudian kat hujung2 70an, Shah iran ni jatuh, dan ada sorang ulama syiah iaitu Ayatollah Ruhollah Khoeimeni amik alih tampuk pemerintahan Iran dgn revolusi yg amat berdarah sekali (saya tahulaa dulu baca paper hari2 ada hukuman bunuh kat Iran).

So, Saddam tak nak laa amik pot hal ehwal dlm negeri Iran dan dia sendiri ucap tahniah kat revolusi Iran Islam tu. nak tau apa plak kata Khoemeni? Dia war2kan kepada rakyat iraq yg berfahaman syiah ni (majoriti kat selatan Iraq) supaya jatuhkan pemerintahan parti Baath Saddam yg sekuler ni. Saddam mula2 topoghanjat tp dia masih cuba berlembut dgn harapan Khoemeni takkan cakap camtu lagi ler.

Aleh2 Khoemeni masih meneruskan kempen supaya rakyar Iraq ni jatuhkan jugak Saddam ni (masa tu seleruh dunia Islam dilanda semacam semangat untuk mengakkan negara Islam tak kira Sunnah ke Syaiah ke). Dan kalo boleh revolusi Islam ala Iran ini dieksport ke negara2 teluk sekali. AAAAaaaa tak hangin satu badan Saddam!

Itu yg Iraq, kat Iran plak, selepas Shah Iran ni jatuh (bini dia mmg lawa beb), maka naiklah ulama2 syiah perintah negara. Ingatkan kalo ulama syiah ni pegang kuasa, negara kmbali cool laa, tp sebaliknya. Nampak macam balas dendam pun ada, yg mana bekas2 pegawai2 kerajaan masa Syah dulu terlalu ramai yg kena hukum bunuh, kadang2 bunuh kat jalan je.

Menteri pelajaran dulu seorang wanita pun kena bunuh jugak, Ramai pemimpin tentera waima pilot2 fighter terhandal pun kena bunuh, kalo boleh depa tak mahu sorang pun yg pro kerajaan beraja ni tinggal. Kita kat Malaysia ni masa tu betul2 terperanjat dgn situasi kat Iran, kalo ikut org tua pi kat kedai kopi, depa semua geleng kepala bila citer bab revolusi Islam ala Iran ni.

Jadinya profesyenal dah tinggal sikit kat Iran, yg melarikan diri dari Iran pun ramai.

Gambar tu menunjukkan fighter pilot Iran dgn jet F-14 Tomcat...

Kongsi info:

Kekuatan tentera udara Iran pada tahun 1979/80:

Pesawat pejuang
79 F-14A Tomcat
200+ F-4D/F-4 Phantom II
160+ F-5E/F

Hampir 450 fighters, memang power! 

Pesawat2 pejuang ini diorganisasikan dalam 22 fighter squadrons yang beroperasi dari 10 markas udara pejuang. Kesemua markas ini juga di"keras"kan dengan HAS dan dilindungi dengan sistem SAM Rapier dan 35mm AAA.

Ini semua kerana Shah Iran yang mahu membangunkan Iran sebagai satu kuasa ketenteraan yang digeruni di Timur Tengah. Dan pembangunan ketenteraan yang pesat ini juga salah satu faktor tak puas hati rakyat yang mencetuskan revolusi Iran. 

Shah Iran juga merancang menambah lagi Tomcat, menggantikan Phantom dengan pesawat F-18L Hornet dan menggantikan pesawat F-5E dengan pesawat F-16.

Beberapa F-16 Iran sudah siap dibina ketika berlaku rampasan kuasa di Iran. Pemerintah Iran yang baru telah serta merta membatalkan kesemua perolehan pertahanan yang "membazir", maka F-16 ini tak dihantar. F-16 Iran ini kemudian dijual kepada Israel dan sempat beraksi di pertempuran udara di Lembah Bekaa dengan Syria pada tahun 1982.

So disebabkan sikap tidak berdiplomasi kerajaan baru Iran ni, Saddam dah dapat rasakan kerajaan baru Iran adalah ancaman besar Iraq. Dan kemudian pihak risikan Saddam dapat pulak mencium pergerakan bawah tanah pihak syiah Iraq dgn bantuan Iran, Dan pada masa ni dah ada pertempuran2 kecil antara kedua2 ngara ni di sempadan.

Kemudian Saddam dah mula main keras dah. Suspect pro Iran habih kena tangkap termasuk Mullah besar Syiah kat Iraq iaitu Mohammad Baqir al-Sadr dan adiknya Amina Haydar dan dihukum gantung terus. Emmm apalgi makin panas laa tension kedua negara ni. Iran terus provoke lagi...kasi jatuh kerajaan sekuler seluruh dunia termasuk Saddam.

Saddam dah mula hilang sabar, kemudian dia dgn general2nya meneliti situasi di dalam Iran sendiri. Iran ni walau pun kaya dan mempunyai sistem pertahanan termoden dirantau itu selepas Israel, realitinya ialah Iran pada masa tu adalah negara yg tak stabil, keadaan huru hara selepas revolusi dan kehilangan ramai tokoh2 pertahanan dan strategik zaman Shah Iran dan lagi sanction dari UN akibat kena cocok ngan US.

Itu semua kalo mengikut perkiraan Saddam adalah memihak kepada mereka kalo Iraq mulakan langkah pertama iaitu menyerang Iran dan seterusnya melumpuhkan sistem pertahanan dan ekonomi Iran. Alang2 menyelok pekasam biar sampai kita makan semua pekasan tuuu...kata Saddam lagi.

Pada masa tu Saddam pun dah invest bermacam2 jentera perang terutama dari Perancis dan Soviet tp dia ada risau sikit pasai tentera udara Iran ni pasai jet2 pejuang Iraq seperti Mirage , MiG serta Su, tak match dgn Tomcat, Phantom dan F-5 Iran...Aaaah apa ada pasal, jet je banayk spare part bukannya ada pasai US dah jadi musuh Iran. So takde masalah...Jom serang...kata Saddam lagii.

So pada 22 September 1980, Iraq melancarkan 10 serangan udara ke atas pengkalan udara Iran, "O mak aiii, apo bodo nih?" kata pegawai2 tentera Iran akibat terperanjat, serangan kilat Iraq walau pun hebat tapi tak menepati sasaran iaitu mengahnacurkan seberapa banyak pesawat. Alasan Saddam (dia bg tau kat negara2 Arab lain laa) ialah menghalang revolusi Iran dari menular ke negara2 jiran Arabnya.

Besoknya pulak serangan darat Iraq besar2an, berpuluh ribu tentera Iraq memasuki wilayah Khuzestan dgn target nak amik bandar pelabuhan dan juga bandar industri minyak Abadan dan Khorramshar.


Kemudian barulah Kerajaan Iran ni sedar bahawa Iraq telah melancarkan full scale war ke atas negaranya. 10 pengkalan udaranya telah dibom oleh tentera udara Iraq, nasib baik cuma runaways je damaged, pesawat cuma beberapa buah aje hancur, yg lain masih ok lagi sebab simpan kat bunker (diorang belajar dari perang 6 hari Arab Israel dulu). Kalo tidak habis kuasa udara Iran ni.

Kat darat pulak, Iraq dah masuk wilayah tenggara Iran iaitu Khuzestan dan menawan dua bandar industri mintak yg penting iaitu Abadan dan Khorramshar. 60 ribu askar Iraq tengah mara lagi. Tentera revolusi Iran agak kaget jugak masa tu namun masih ada lagi pegawai2 era Shah yg berpengalamn. Mereke kemudian buat satu plan untuk membendung serangan besar2 an Iraq ni.

Plan mereka ialah Opeassi Kaman 99. Bukan calang2 operasi, ni operasi skala besar. Plan ni siap sehari selepas seranan Iraq. Operasi ni adalah operasi udara melibatkan 58 F-4 Phantom II, 88 F-5E Tiger II dan 60 F-14 Tomcat. Melibatkan ratusan jet fighters. Mmg kaw2 Iran nak bagi hadiah kat Saddam nih.

Jadi selepas sehari kena attack dgn Iraq, operasi udara terbesar dalam sejarah Iran dan Iraq bermula pada 23 sept 1980. Serangn ke atas pengkalan udara Iraq bertalu2 malah sampai ke base dalam Baghdad. Serangan berulang2. Memang kaw2 serangan udara iran ni....sampai tercekik kejap Saddam masa makan tengahari bila dapat berita ni.

Boleh dikatakan teruk jugak kerosakan yg dialami oleh base2 tentera udara Iraq ni. Jet2 Iraq ada jugak bg tentangan dan sudahnya 7 jet Iraq dan 4 jet F-5E Iran ditembak jatuh. Pengkalan udara Iraq yg diserang tu makan berbulan jugak nak repair dan membolehkan Iran meregroupkan balik division tenteranya. F-14 Tomcat Iran pulak mempertahankan ruang udaranya dan juga kemaraan tentera darat Iraq.

Dan kesudahannya tentera udara Iraq tahap efficiencynya merosot 50% dan kemaraan tentera daratnya tersekat tapi mereka masih maintain pegang Abadan dan Khorramshar...... Iran sekarang ada masa untuk counter attack serangan darat pulak.

Gambar tu menunjukkan keretakebal Chieftain Iran buatan Britain


Di Khorramshar, tentera Iraq cuba mara ke Dezful atas arahan Saddam, kalo nak ikut mana boleh mara sgt pasai tadak payung udara langsung, supply line pun slow..kang kalo tak pi kang takut Saddam mengamok plak, endak tak hendak depa pi laa jugak. Iran pun tgh organise man power nak recapture Khorramshar siap dgn ketekebal mereka. 

Jadi pada januari 1981, maka terjadilah pertempuran ketekebal besar2an kat Dezful, selain infantry, ketekebal kedua2 pihak banyak amik bahagian. Iraq dgn -ketekebal buatam USSR dan terlatest masa T-72 dan model2 lain seperti T-62, manakala Iran ketekebal buatan barat era Shah dulu iaitu Chieftan, M-60 dan M-48nya. Manpower iran berpuluh ribu...ini semua ramai yg volunteer. 

Pertempuran berlangsung selam 4 hari dan kesudahannya memihak kepada tentera Iraq. Iran kerudian lebihkurang 100 kebal buatan barat mereka akibat tersekat dalam lumpur dan Iraq plak 50 ketekebal T musnah. Beratus askar iran terbunuh dalam pertempuran ni dan berpuluh askar Iraq. Ini adalah kemenagan moral bg Iraq selepas serangan balas udara Iran tempoh hari.

Iran tak berdiam, pada April 1982, satu serangan kilat udara nya telah mengebom pengkalan udara Iraq yg bertempat jauh dari Iran iaitu sempadan Iraq dan Jordan, pengkalan udara Al Waleed. Iran guna 8 phantom dan 4 tomcat siap dgn pesawat tanker boeng 707 nak isi minyak kat udara untuk 12 pesawat tu, pasai jauh beb.

Memang Iraq tak duga perkara sebegini boleh berlaku pasai jarak jauh. habih estimate 50 fighter aircrat Iraq musnah dan airfiled pun rosak terok. Blow betul Saddam... masa ni Saddam dah mula war2kan kat dunia arab kasi bantu sama iraq laaa, kalo tadak iraq mungkin lain2 negara Arab akan jadi target syiah Iran lak.

Jadi Iraq walaupun menang kat Dezful, dia tak dapat teruskan kemaraan disebabkan kelemahan air force Iraq nih. Kena pulak lepas2 Iran ni main macam kamikaze cam era WWII dulu. Serangan yg dipanggil human wave sentiasa berlaku...ramai anak2 muda Iran sanggup mati syahid (seperti yg diwar2kan oleh mullah2nya)....pergi serang depan berdepan, askar Iraq naik gerun jugak, tembak banyak mana pun, mereka datang lagiiii......

Serangan berani mati ni adalah dari unit2 yg dikenali sebagai Basij dan tentera revolusi Islam Iran. itupasalla bila perang iran Iraq ni tamat pada 1988, jumlah tentera Iran yg terkorban adalah lebih besar dari Iraq....HUMAN WAVES!!!!!


Last itu hari Iraq dapat bertahan kat Dezful. Habis kereta kebal Iran kaput kat sana. Tapi semenjak tu bukan Iraq makin mara ke dalam kawasan Iran, tapi tentera Iran pulak yg senantiasa menyerang kedudukan Iraq. Ini adalah kerana kekuatan tentera udara Iran yg boleh dikatakan menguasai ruang udara ketika itu. Iraq pulak masa ni masih solo lagi cuma sikit2 dapat bantuan negara2 Arab sekeliling.

Jadi penambahan aset tentera termasuk fighter jet slow laa. Iran dah mula buat preparation besar2an.Bermacam2 operasi akan dijalankan oleh Iran dan semenjak Dezful, Iraq boleh dikatakan hanya bertahan kat Abadan dan Khoramshar di wilayah Iran. Iran dgn sumber tenaga manusianya yg besar telah mengembeling anak2 muda mereka direct dari bandar2 besar dan kecil ke sempadan Abadan.

Mereka menggunakan segala transport yg ada termasuk keretapi, bas, teksi dan kereta2 awam ke barisan depan . Ini termasuklah division berani mati Basij. Maka tak lama lepas tu pada hujung2 1981 seranagn tentera Iran bertali arus untuk menakluki balik wilayahnya dari tgn Iraq. Salah satu serangan yg terkenal ialah operasi Iran yg dinamakan Jerusalem way (Ops tariq al-Qods).

Dalam operasi inilah serangan human wave Iran oleh division berani mari Basij berlaku besar2an. Tentera basij ni tidak dilengkapi seperti tentera regular, mereka hanya bawa rifle dan kebanyakkannya anak2 muda civilian yg ingin syahid di medan perang ini (kata ulama syiah) dan cara ini terbukti menjatuhkan moral tentera Iraq.

Mereka akan datang menyerang tanpa henti sampaikan peluru askar iraq yg bertahan habih atau pun tak sempat nak tambah peluru dan dibelakang basij nilah tentera regular termasuk tentera revolusinya akan menyerang habis-habisan dan sudahnya operasi Iran ini berjaya. Itu pasallah kalo ditengokkan jumlah kehilangan jiwa dipihak Iran 3 kali ganda tingginya iaitu Iraq- 2 ribu tekorban dan Iran- 6 ribu terkorban..

Ini adalah kerana serangan berani mati oleh division basijnya dan ramai yg gugur kat situ. Dipendekkan citer pada september 1981, tentera Iran telah berjaya merampas balik satu dari dua wilayahnya iaitu Abadan dari tangan Iraq. Iraq nampak gayanya kena bermati-matian mempertahankan wilayah takluknya yg berharga iaitu Khorramshar. Dan negara2 arab sekelilingnya dah mula risau dgn kemaraan Iran ni.....so diorang kena lakukan sesuatu....

Gambar lukisan mengisahkan Iraq Gazelle gunship hellikopter cuba menampan serangan Iran, kat belah bawah tu keretakebal iran Chieftain tgh terbakar

Last citer hari tu Abadan dapat dirampas balik oleh Iran dari tgn Iraq. Dan situasi di Iraq seakan2 panik. Kelam kabut Saddam dan masa ni Saddam dah mula melaung2kan slogan anti syiah kat rakan2 negara arabnya, bukan a
pa pun, cuma salah satu strategi untuk mendapatkan bantuan tapi bantuan tak seperti diharapkan, ada tu ada tp tak memadai.

Iran pulak nampak bertambah kuat walau pun sebenaqrnya mereka risau tentang alat2 ganti jentera perangnya tp mereka berusaha juga mendapatkan benda2 tu melalui pasaran gelap, macam jual tiket bas haram gak, ada ulat2 buat perkhidmatan black market ni. Salah satunya sumber2 dari Israel, pasai apa depa ni buat perkhidmatan jualan gelap ni pada kedua2 pihak iaitu Iran dan juga Iraq.

Biasalaaa, selain dari mereka mendapat keuntungan yg banyak dari penjualan black market ni, depa dapat jugak mengadu domba kedua2 negara Islam ni, targetnya mau bagi dua2 negara ni bankrap C , kalo boleh terus jadik bangkrap Z teruih...biaq sampai papa kedana. Serupa laa macam zaman Uthmaniyyah jadi kuasa besar dulu laa...

Uthmaniyyah supply senjata dan wang pada Martin Luther (ketua Kristian Protestan) kasi hamtam sama puak Roman Khatolik kat eropah pada abad ke 13 dulu. Sekarang turn kita lak kena jadi bodo. So sambung pasai Iran tadi, Iran sekarang nak aim kat Khorramshar, yg masih lagi berada kat tgn Iraq. Serupa macam kat Abadan dulu, ramai askar dan juga divsion basij berani mati dilambakkan kat sempadan Khorramshar.

Masa ni askar Iraq dah buat dah parit2 pelindung seperti zaman perang dunia kedua dulu, depa dah stanby utk bertahan habis2ab kat Khorramshar. Pada may 1982, serangan artileri besar2an telah dilancarkan oleh Iran keatas target Iraq kat Khoprramshar. Teruk gak askar iraq bertahan kat situ, tak cukup dgn meriam, serangan udara oleh tentera udara Iran dan juga Cobra gunship helicopter oleh unit darat Iran..

Dah laa terjelepuk kena ngan serangan udara, lepas tu serangan human waves besar2an oleh tentera brani mati Basij, lepas tuuu serangan askar infantry Iran....kemudian ditambah perasa garam dan gula, unit2 kereta kebal Iran terdiri dari Chieftain. M-48/60 Patton membadai parit2 pelindung Iraq dan seterusnya berjaya memasuki Khoramsahrr. Dan peperangan di dalam bandar pun berlaku dari rumah ke rumah.

Penawanan balik Khorammshar oleh Iran memakan masa hanya 48 jam sahaja dan seterusnya tentera Iraq seramai 30 ribu lebih yg berada di Khoramsharr menyerah diri. Total tentera Iraq yg terkorban adalah seramai 7 ribu orang manakala tentera Iran pulak adalah seramai lebih dari 10 ribu orang yg kebanyakkanya terdiri dari divisyen Basij.

Bagaimana pula dgn Saddam? dia skang tadak choice, bermula dgn saat kejatuhan Khoramshar, Saddam sekarang berada dalam situasi bertahan, dan mungkin Iran akan memasuki Iraq pula memandangkan moral askar Iran yg menggunung tinggi. Rakan2 arab Iraq dah panik, malah USA pun risau. So satu keputusuan telah dibuat oleh negara2 arab yg bersahabat dgn Iraq...bantuan kewanagan pertahanan akan diberikan, bukan sikit2 tapi
besar2an.....

Semua2 negara2 Arab yg bersahabat dgn Iraq nak tolong. Soviet Union pun sama gak nak tolong Iraq pasai Kerajaan baru Iran ni haramkan parti Tudeh yg dok pro komunis. USA lagi laaa, dia mmg sakit hati pasai kedutaan dia kat Teheran kena jadi tebusan oleh militan dan pelajar2 Iran. Dekat 3 tahun jadi tebusan pasai diorang suh US ni bagi keluarga Shah Iran exchange dgn tebusan kedutaan tu.

Malah Presiden Carter ada hantar unit2 komando dgn beberapa helikopter Chinook nak pi rescue tapi malangnya kesemua helikopter tu terhempas akibat ribut kat dalam wilayah Iran. Semua maut. Jadi bila dgr aje Iran dapat tawan Khoramshar. USA terus supply apa2 yg patut termasuk gambar2 satelit pergerakan tentera Iran. Soviet supply helikopter tempur terkenal mereka, Mil Hind dia dan keretakebal latest depa.

Negara2 eropah barat pun tak ketinggalan, diorang supply jet2 fighter seperti mirage dari Perancis dan juga alatan elektronik yg lain. Iran? dia dpt supply dari black market tp kalo compare ngan Iraq, Iran jauh lebih kecil supply resourse dia. Depa gunaknalah apa yg ada dan juga manpower dia. Setelah Iran dapat kesemua wilayahnya kembali pada pertengahan 1982, satu plan untuk menawan wilayah2 Iraq iaitu Operasi Ramadan.

Target utama Iran adalah wilayah Basra di selatan Iraq. kawasan ni ramai puak Syiah, depa harap penduduk tempatan mazhab Syiah ni akan berpaling tadah support mereka bila mereka masuk Basra nanti. Seramai 180 ribu kedua bala tentera berhadapan satu sama lain kat sempadan Basra ni. Tentera iraq dapat tahu pun pasai satelit US dah dpt mengesan pergerakan tentera Iran kat situ, jadi depa pun deploy laa bala tentera dia plak utk mempertahankan Basra.

So pada Julai 1982, peperangan di Basra bermula dan ini adalah peperangan darat terbesar sejak era WWII. Iran telah dapat masuk area Basra sejauh 16 km. Masa ni askar Iraq teruk kena, askar berani mati basij telah masuk sampai kawaasan kawalan Iraq sampaikan tank2 Iraq pun depa engaged seperti baling grenade kat dalm turret..phew mmg macam kamikaze style basij ni. Tapi kemudian tentera tambahn Iraq mencurah2 masuk dan askar Iran terhenti setakat itu saja.

Tentera Iraq pulak semangat dah jadi lain, moral makin tinggi disebabkan perasaan mempertahankan tanah tumpah darah dan ini membuatkan sukar bg Iran. Tiba2 seluruh tantera Iran yg berada kat Basra terkepung. Askar Iraq dgn kekuatan armornya berserta unit udara tentera daratnya iaitu attack helikopter Hind dan Gazelle membadai lautan askar Iran tanpa belas kasihan......

Askar Iran terpaksa berundur, masa berundur pun kena bantai gak lagi, nasib baik kemudiannya attack helikopter Iran pulak iaitu Cobra challenged attack helikopter Iraq. Walaupun begitu Iran terpaksa berundur akibat kekurangan supply. Pertempuran ini teleh mengakibatkan korban besar kedua2 pihak, total 80 ribu askar telah terbunuh dan majoritinya ialah askar Iran dari divisyn Basij.

Pada 1982 keadaan tak berubah selepas percubaan Iran untuk menawan Basra gagal. Dari 1982 Iran terus mencoba dgn sekalian operasi "Dawn", rasa2nya ada dekat2 6 operasi Dawn untuk menawan wilayah Iraq antara 1982-1986 tapi semuanya gagal. Stalemate kat situ. Dalam pada itu angka korban Iran dah nak mencecah 300 ribu org. iNI adalah kerana operasi human wavesnya itu. 

Iraq pulak dekat2 200 ribu org. Itu operasi darat. Dalam pada itu masalah kat laut pun ada jugak. Iraq masa ni bantuan mencurah2 masuk dan segala kelengkapan perang termasuk pesawat2 udara baru sedang ditempah. Dan Saddam pun congak2 sementara menunggu alat2 canggih masuk, segala kelengkapan yg ada masa tu akan digunakan sehabis2nya.

Untuk pertama kalinya semenjak berundur dari Khorramshar pada 1982, tentera Iraq telah melakukan serangan ke atas Pulau Kharg mengbom terminal2 minyak iran dan kapal2 tangki Iran. Benda ni berlaku pada tahun 1984. Depa attack economy IrAN. Tak cukup dgn itu, depa pi tibai kapal2 tangki iran yg melalui selat Hormuz dan yg paling dasyat sekali kapal tangki terbesar dunia Seawise Giant pun terok kena, nasib baik tak total lost...sempat repair depa bawak pi Singapore.

Iran pun apalagi, nak mengahrapkan sgt pada air force dia pun skang dah tak berapa kuat lagi...semuanya masalah spare part, jadi Iran tubuhkan speedboat laju berani mati punya. Mana2 kapal minyak yg lalu bukan kepunyaan Iran, speedboat ni akan attack semampu mungkin. Iran pun tahu, minyak Iraq sekarang ni sdiangkut oleh kapal2 yg bawak bendera Kuwait dan negara telok lain...

Bukan sedikit kerosakan kapal2 yg kena attack dek Iran nih. Jadi Kuwait minta jasa baik USA untuk melindungi kapal2 minyak mereka tu..Tu diaaa lagi sekali kita menjemput kuasa luar pi masuk dalam konflik nih...serupa macam kat sini laa sejak zaman Melaka dulu laa. Jadi masuklaa USA dalm konflik perang Iran iraq secara langsung. USSR pun offer nak escort kapal minyak iRAQ pulak. Dan kedua2 kuasa besar dah masuk dlm konflik ni menyebelahi Iraq.

Iraq pun suka laaa. Dia pi attack lagi kapal2 tangki iran...akibat terlalu ghairah, sebuah kapal perang US, USS Stark habih kena tibai dek pesawat Iraq, 37 kelasi dia mati dan kapal rosak terok kena ngan exocet Iraq. Tak tau laa apa jadi kat pilot Iraq tu..Saddam pun kita tau laa, mana2 jeneral yg kalah kat medan perang ramai yg kena hukum bunuh, malah menteri dia pun dia bunuh.....

Perang kat laut ni dipanggil "Tanker War". Dari 1984 berlanjutan sehingga tamat perang 1988. Kemusnahan yg dialami oleh Iran adalah 3 kali ganda dari pihak Iraq. Dan penutup tanker war ni ialah sebuah kapalterbang penumpang Iran Air Flight IR 655 telah ditembak jatuh oleh kapal US yg kena tibai Iraq dulu iaitu USS Stark. Kata pihak US laa, depa ingatkan peawat Tomcat Iran nak serang mereka. kapal airbus ni membawa 290 penumpang dan kesemuanya terkorban.

Kira US pun ada record tembak jatuh pesawat penumpang selain dari USSR tembak jatuh pesawat penumpang Korea Selatan...Dua2 pun sama!


Masih ingat tak gambar nih, sapa punya kerje nih sampai cam tu tragis sekali...kalo ikut musim skang, tentu ramai yg mengatakan Zionis Israel yg buat ye tak? Inilah pentingnya sejarah, ianya tidak bermusim, ianya akan diingat sepanjang zaman dan kita belajar dari setiap peristiwa ini. Buat kajian sket dan korek2 lah sikit...informasi dijari kita skang..senang, jgn main ambik gambar2 cut n paste tanpa tahu asal usul sesuatu peristiwa dan terus beremosi yg akan terpadam sesudah sesuatu perristiwa itu tamat.

Gambar tersebut adalah salah satu dalam peirstiwa perang Iran Iraq dulu. Ini adalah perbuatan terkutuk Saddam Hussein ke atas penduduk Kurdish di bandar Halabja di utara Iraq. Wilayah ini adalah dalam wilayah Iraq dan disebabkan kemarahan meluap2 Saddam kat kaum Kurdish Iraq ni maka seranagn gas beracun yg terbesar di dunia ke atas keseluruhan penduduk dilakukan...kalah perang dunia pertama tang gas beracun nh.

Dia pi serang semborono ni pasai pemberontak Kurdish ni bersekongkol dgn Iran. Semasa serangan bertali arus besar2an Iran dalam operasi "dawn" puak Kurdish ni mmg support iran dgn melancarkan seranagn ke atas tentera Iraq, nak divert attention Iraq kat utara masa Iran nak masuk kat bahagian selatan.

Dan semasa tu Iraq hampir2 tewas pada pertengaha 80an. Tapi dgn kemasukan segala bentuk bantuan dari negara2 sekeliling dan barat termsuk manpower dari Mesir, Iraq dapat mematahkan cubaan Iran untuk menakluk wilayah2nya.

Jadi bila Iraq dah dapat kekuatannya balik, dia pulak yg melakukan seranagn2 ke atas Iran dan pada 1987 dan kepenghujung perang pada 1988, Iran dah mula lemah dah. kekuatan material seperti tank merudum, nisbah tank iran compare ngan iraq dah jadi 1:5 iaitu 900 lebih tank Iran dan 4500 lebih tank Iraq.

Fighter jet plak 1:10, Iran 60 plus dan iRAQ ada dekat2 1000 buah. Dan skang adalah revenge time buat Saddam. Iran pun dah tersantak sebab military equipment dah out of date dan spare parts prblm lagi, so Iran tak dapat nak cover ally dia.

So pada 16 Mac 1988, seranagn gas beracun ke atas penduduk awam terbesar pernah kita dgr dlm sejarah telah berlaku ke atas bandar Kurdish Halabja dan mengorbankan 5000 nyawa kebanyakkannya orag awam. Budak ke, org tua ke, wanita ke..habis semua kena, bukan manusia je, mamalia lain pun terkorban jugak, kucing, kambing pun habiss. Omputih panggil peristiwa ni Halabja Massacre atau Bloody Friday.

Yg cedera dekat 10 ribu orang.....tu belum lagi ribuan yg mati perlahan2 akibat komplikasi, penyakit dan bayi2 yg baru lahir....serupa cam citer kat Chernobyl laa.....

Part seterusnya nanti kita tgk camna kesudahannya.

Note: semenjak kejatuhan kuasa besar Islam Uthmaniyah Turki, umat Islam dah takda payung, kuasa2 asing tak segan2 melakukan genocide sebab depa power, mmg power pun!! bermula pada 1948 negara Israel terbentuk, dan 3 kali perang besar berlaku antara israel dan negara2 Arab.

1948 arab kalah, 1968 arab kalah lagi dan kita kehilanag tanah suci kita iaitu Baitulmaqdis dan pada perang Yom Kippur 1973 boleh dikatakan seri setelah dicabar oleh Mesir. Kemudan Mesir kena ikat dgn Camp David. Mesir kena duk diam.

1980, seranagn USSR ke atas Afghanistan..sejuta org Afghan terkorban
1982, seranag ke atas Lubnan dan kat sinilaa penyembelihan penduduk palesti Sabra dan Shatila..ada ingat?
1947, perang kashmir, muslim dah start kena tindas sampai skang.
1970an....Moro kat Mindanao kena pukui dek Marcos
1992...genocide kat Bosnia...takkan lupa kut!!
1980...Rohingya kena siksa oleh rejim tentera sampai laa skang.
2004- kat selatan thai berpuluh penunjuk perasaan pemuda muslim pattani terkorban kena sumbat masuk dlm trak.
1994-Serangn Rusia ke atas penduduk muslim Chechnya....

Ingatlah peristiwa2 di atas tu sepanjang masa dan bukan bermusim!


Pada 1985 perang masih berterusan, kejap Iran masuk Iraq, kejap Iraq masuk Iran, asik camtu aje beberapa lama. So depa kena fikir camna nak dropkan moral musuh. Jadi Iraq telah bertindak dulu.

Pada pertengahan 1985 Iraq telah membawa peperangan ini ke chapter baru iaitu seranagn ke atas bandar Teheran dan chapter ini dinamakan perang antara bandar.

Senjata yg digunakan Iraq ialah Scud missile atau depa panggil al-Hussein. Ni kira mobile missile, boleh letak atas kenderaan besar dan boleh dioperatekan di mana2 saja dan asalnya adalah buatan Soviet Union.

Sejumlah scud dan al-Hussein dilancarkan keatas Teheran dan menyebabkan suasana panik kat Teheran. Bukan setakat Teheran aje, malah bandar2 lain yg ada penduduk awam padat pun jad sasaran.

Habih Iran takkan nak diam aje, Iran pun pi laa lancarkan scud dia pulak (dia pun ada scud jugak), aim plak kat Baghdad, dah kat baghdad lak panic. Tak cukup gak lagi , Iran hantar plak fighter Phantom ngan Tomcat kasi serangan udara bantai baghdad kaw kaw punya.

Berbalas2 seranagn ke atas bandar dari 1985 sampai laa habih perang 1988. yg jadi mangsa, orang awam jugak...Saddam ngan Khoemeini sihat walafiat aje. Total scud yg dilancarkan oleh saddam ialah 500 lebih dan iran plak 100 lebih aje pasai tadak stock.

Pada hujung2 perang Saddam ugut Iran, dia nak lancarkan scud siap dgn peledak gas beracun sekali...so macamana?

Note: katalaa kalo semua mesin perang kedua2 negara ni dihalakan ke Israel..agak2 camana..tak banyak sikit tercalar gak baghal2 tu ye tak? membazir sungguh!

Dipendekkan citer, memang Saddam ada hantar scud dgn peledak gas beracun ke beberapa bendar Iran tak termasuk kat bandar Kurdish tu....hati kering!! Kemudian 30 ribu penduduk Teheran keluar dari bandar takut2
kena serangan gas beracun.

Masa ni dah hujung2 perang dah, awal 1988. Dana mencurah2 masuk ke Iraq manakala iran, duit tabung buluh dia dah hampir licin, walaupun boleh meneruskan perang sampai 1993 tapi jika masih berlarutan, iran akan bankrupt.

So pada 20 Ogos 1988 gencatan senjata telah berlaku, Iran menerima gencatan senjata (pada permulaan perang Iran menolak gencatan senjata - mau terus perang) kerana takde jalan lain. bagi Iran ini adalah penamat perang yg mendukacitakan.

Manakala Pada Iraq pula, ianya disambut bagaikan meraikan kemenangan dgn begitu gah sekali. Mesin propaganda Saddam kasi nasi tambah kaw2 punya pada penduduk Iraq bahawa mereka telah menang besar. yang nyatanya dua2 kerajaan ni dah dekat nak bankrupt.

UN pun masuk dan kedua2 pihak tentera berpatah ke sempadan sebelum perang bermula. Total kemalangan jiwa iraq ialah estimate 750 ribu nyawa dan Iraq pulak 380 ribu nyawa....dan memasing kehilanagn 100 ribu nyawa penduduk awam (mostly dlm perang antara bandar).

Dana untuk membiayai peranag memasing USD 600 billion...dollar amerika tuuu.....total USD 1.2 trillion. boleh kasi lumat Israel dgn jumlah sebanyak itu. Tapi itulah realitinya dan negara2 Islam sampai sekarang masih dok serupa cam tuu JUGAK! Leader yg ditunggu2 masih tak kunjung tiba!

Iran yg dianggap salah satu kuasa terkuat di Asia barat dulu telah menjadi singa tua kelaparan dari mengaum teruih jadi meow. Iraq pula dgn leader yg tak punya strategi siasah melingkup terusss, baru habih perang pi takluk Kuwait plak mentang2 access tentera banyak (itupun ikhsan bantuan negara2 arab sekeliling).

Tu omputih tunggu aje untuk dijadikan alasan boleh belasah satu lagi negara arab kaw2 punya. Diharap Turki dan Pakistan tidak terikut2 rentak pemimpin2 yg sebegini. Arab Saudi adalah prnyumbang terbesar iraq dgn lebih USD 20 billion disalurkan kpd Saddam.

Al-Fateh dulu pun tunggu sehingga mempunyai teknoloji tinggi baru beliau pi serang Konstantinopel (Istanbul) selain bertakwa dan melakukan amal ibadat semaksimumnya. Akhlak beliau dan tenteranya begitu tinggi.

Kalau melihatkan leader Iraq ni mmg jauh panggang dari api compare dgn al-fateh, dah kena asak kaw2 dgn omputih barulah ingat tuhan, barulah letak Allah Muhammad kat bendera dia, kalo tidak sekular habis2an. Leader Iran pulak adalaa sikit kerohanian walaupun syiah tapi bila tengokkan dendam mereka ke atas pendukung era Shah, macam hilang pertimbangan, bunuh kesemuanya.

Dan akhirnya, kedua2 Iran dan Iraq KALAH sebenarnya. Israel yg menang, tak payah susah2 nak berperang 2 musuh besarnya, dah jimat kos.






credit to : https://www.facebook.com/mohdaznam?fref=ts

No comments:

Post a Comment