Wednesday, February 22, 2012

Naka, Kedah

Naka ( 6° 8'0.45"N , 100°39'22.54"E ) adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman. Naka diambil sempena "Na" bermakna 'Kubang' dan "Ka" nama sejenis pokok herba iaitu "lengkuas" atau 'kha" bermaksud sejenis rumput "juluk". Memandangkan satu tempat yang sama maka, maka Kubang Juluk disebut dalam bahasa melayu dan Naka dalam bahasa Siam Kedah. Pekan Naka terletak di timur bandar raya Alor Setar dan bandar Pokok Sena dan di selatan Kuala Nerang. Dahulunya pekan Naka terletak di Kampung Kubang Julok dan dikenali sebagai "Naka Lama" dan Pekan Naka sekarang asalnya bernama 'Simpang'.
Justify Full

Peneroka Asal Naka

Suasana negeri Kedah pada awal 1800-an berada alam keadaan tidak menentu. Serangan-serangan tentera Thai-Siam dan konco-konconya menyebabkan ramai orang Melayu melarikan diri ke negeri Kedah.Pada waktu ini berlaku penghijrahan orang-orang Ligor dan Petani ke Kedah. Mereka telah membuka petempatan baru di kawasan-kawasan pendalaman Kedah seperti di Mong Gajah, Pong Kha, Pedu, Kampung Bendang Pak Bahar, Kampung Bayas, Nha Pit, Pak Kra dan lain-lain lagi.
Pada pertengahan abad ke-18 Haji Abu berserta anak-anaknya (Haji Shafie, Lebai Samad, Jenab dan Pek Chet) berpindah ke Kampong Bendang Tok Teri dari Kampung Masjid. Haji Abu mengelolakan dan mentadbir Bendang Tok Teri sehingga beliau diakui dan diiktiraf sebagai Ketua masyarakat di Bendang Tok Teri dengan gelaran "Tok Nai Ban" oleh Panglima Haji Mohamad Salleh pada Waktu itu. Keuzuran Haji Abu, peranan menjaga Kampung Bendang Tok Teri tersebut diteruskan oleh anak sulungnya Haji Shafie. Antara anak-anak Haji Shafie ialah Awang Ahmad (Mat Platon).
Manakala anak keduanya (Lebai Samad)telah berkahwin dengan sepupunya Mek Mas dari Kampung Masjid. Beliaulah yang mula-mula meneroka Naka.
Sekitar tahun 1920 - 1924 (tahun gelap) oleh Lebai Samad bin Hj Abu,Mek Mas (Isteri) dan anak-anak (Meneh, Mariam, Man dan Mat Ali) membuat kampung untuk berhuma dan bercucuk tanam di seberang Sungai sebelah Kampung bendang Tok Teri (di hadapan Balai Polis Naka sekarang). Kemudian diikuti oleh Saad sekeluarga dan Tok Jaafar dari Kg Masjid. Tok Jaafar tidak kekal lama di situ dan balik ke Kg masjid kerana keluarga tidak mahu ikut berpindah. Lebai Samad, Mat Ali (anaknya) dan Shafie (menantunya) berperanan memakmur dan memajukan Naka. Manakala Lebai Man berkahwin dan belajar di Pondok Chegar, Pendang. Kematian Maneh menyebabkan Shafie pulang ke Kg Bukit bersama anaknya Aziz dan Bakri. Kesedihan Lebai Samad membawa kematian beliau dan diikuti oleh anaknya Mat Ali pada tahun berikutnya, Peranan memajukan Naka beralih tangan kepada anak Saad iaitu Lateh. Lateh (Tok lateh) memanggil pulang sahabatnya Lebai Man (Tok Wak anak lebai Samad)) dari pondok Cegar agar sama-sama memajukan Naka. Tok Wak menyerahkan segala urusan memajukan Naka kepada Lateh dan beliau lebih menumpukan kepada hal-ehwal agama masyarakat setempat sehingga akhir hayatnya. Omar anak Mariam binti Lebai Samad merupakan orang pertama kelahiran Naka. Sehingga tahun 1947 tempat ini masih lagi bernama SIMPANG


Dari Simpang kepada Naka

Selepas perang dunia ketiga (1940-1943) keadaan sentiasa tiada aman terutamanya ancaman dari penyamun yang diketuai oleh Din Kra. Din Kra telah berkompromi dengan komunis dan menguasai kawasan Pak kra. Penduduk di Kampung Kubang Juluk telah membentuk pasukan kawalan keselematan begitu juga di Kampung Bendang Tok Teri. Penduduk di Kampung Pak Bahar telah berpindah ke kampung Masjid dan Kampung Bendang Tok Teri untuk berlindung dari ancaman komunis dan penyamun. Keadaan ini merisaukan Lebai Man, Lateh,dan rakan-rakan yang lain kerana mereka hanya mendapat perlindungan dari orang Kampung Bendang Tok Teri dan Kampung Masjid.
Kerisauan mereka akhirnya terlerai apabila Haji Darus bin Jaafar dari Kampung Padang, Pokok Sena yang merupakan sahabat baik Yang Mulia Tunku Kasim (Tengku Laksmaana) mengatakan Pesuruh Jaya polis (Sir william Hims) berhasrat membina pondok polis di Kampung Naka (Kubang Juluk)atas permintaan orang sana. Oleh itu, Haji Darus mennyuruh Lateh membina satu rumah pasung di hadapan rumahnya (tapak balai polis sekarang). Dengan pertolongan orang kampung Masjid dan Bendang Tok Teri dalam masa 1 bulan rumah pasung tersebut siap dibina. Di sebelah timur dan barat rumah pasung di korek parit yang memanjang terus ke sungai. Satu aliran air dibuka di sebelah timur 200 meter dari rumah pasung manakala manakala dari selatan menghala ke timur di bina alur hingga ke lubuk Tok Teri. Dilihat dari udara rumah pasung ini di kelilingi oleh satu parit berair. Manakala di tebing parit tersebut ditanam dengan pokok-pokok berduri seperti mengkuang, nibong, tumbung tahi, ngai serta perangkap. Tujuan sebenar pembinaan rumah pasung ini tidak difahami oleh penduduk Kampung Kubang Juluk dan mereka memikir bahawa hanya berfungsi sebagai kubu melawan komunis. Sebaliknya, Haji Darus berpendapat, jika keselamatan terjamin baharulah orang ramai akan duduk menentap di situ. Jika ramai orang baharulah maju tempat tersebut.
Pada hari yang ditetapkan kedatangan Pesuruhjaya polis beserta yang mulia Tunku Kasim , untuk melihat tapak rumah pasung, pendudk Kampung Naka (Kubang Juluk) telah mengadakan kenduri sambutan. Beberapa orang wakil kampung telah ke Kuala Nerang untuk menjemput rombongan tersebut melalui jalan air (sungai Tekai). Sebaliknya apa yang berlaku ialah Hj Darus telah membawa rombongan ini melaui jalan darat (menunggang gajah) dari Pokok Sena melalui Bukit Payong dan Kampung Bukit. Pada waktu ini jalan darat Pokok Sena ke Kuala Nerang hanya boleh dilalui dengan gajah atau berjalan kaki. Haji Darus terus membawa rombongan ini terus ke rumah pasung dan disambut oleh Lateh dan orang kampung Bendang Tok Teri (diketuai oleh Awang Ahmad). Haji Darus mengatakan bahawa tempat rumah pasung ini adalah bernama Naka dan diiakan oleh YM Tunku Kasim. Selepas itu Sir Wlliam Hims telah mempelengkapi rumah pasung tersebut dengan senjata api dan 2 orang anggota polis ditempatkan di situ. Awang Ahmad selain menjadi ketua Kampung Bendang Tok Teri, beliau diberi kuasa untuk mengetuai satu platon SC. Hari berganti hari tempat tersebut telah mulai dikenali sebagai Naka. Walaupun masih kedapatan orang-orang tua sekarang masih lagi menyebut sebagai simpang. Wallahualam.


Penama-penama yang dilupakan

Tok Din - berjaya menewaskan 10 orang komunis di titi lama Naka
Tok Jaafar - dilupakan terus
Lebai Samad - masih lagi berwaris - terus dilupakan oleh waris
Haji Darus - Pengembala Gajah dari Pokok Sena ke Nami dan Kota Aur
Haji Shafie - Kampung Bukit
Haji omar dan Haji Bakhari - anak pertama kelahiran Naka


Salasilah keturunan penduduk Naka

Haji Abu mempunyai 4 orang anak (2 lelaki dan 2 perempuan) 1.0 Haji Shafie 2.0 Lebai Samad 3.0 Jenab 4.0 Pek Chet
1.0 Haji Shafie bin Haji Abu -mempuyai beberapa orang anak
1.1 Awang Ahmad bin Haji Shafie (Mat Platon)
1.1.1 Osman bin Awang Ahmad
1.1.1.1 Noraini bin Osman
1.1.1.2 Adenan bin Osman
1.1.1.3 Fadlilah binti Osman
1.2 Yaacob bin Haji Syafie (Paklong Kob)berkahwin dengan Saadiah bt Saad
1.2.1 Habibah bt Yaacob
1.2.2 Abdullah bin Yaacob
1.2.3 Jariah binti Yaacob
1.2.3.1 Rokhiah binti Ahmad
1.2.3.1.1 Rizal Anwar bin Abidin
1.2.3.1.1.1 Muhammad Ameer Syahmy bin Rizal Anwar
1.2.3.1.1.2 Nurain Sofea binti Rizal Anwar
1.2.3.1.1.3 Muhammad Aniq Syazwan bin Rizal Anwar
1.2.3.1.1.4 Nur Aisya Safiena binti Rizal Anwar
1.2.3.1.2 Noor Azura binti Abidin
1.2.3.1.3 Noor Azlina binti Abidin
1.2.3.2 Abdul Khafar bin Ahmad
1.2.3.2.1 Nur Asyirah binti Abdul Khafar
1.2.3.2.2 Mohd Saiful Azlan bin Abdul Khafar
1.2.3.2.3 Mohd Hafizuddin bin Abdul Khafar
1.2.3.3 Abdullah bin Ahmad
1.2.3.4 Ishak bin Ahmad
1.2.4 Salleh bin Yaacob
1.2.5 Abdul Wahab bin Yaacob
1.2.5.1 Mohd Nasir bin Abdul Wahab
1.2.5.2 Mohd Nizam bin Abdul Wahab
1.2.5.3 Mohd Nasri bin Abdul Wahab
1.3 Zainab binti Haji Syafie
1.3.1 Habsah binti Lateh
1.3.2 Hashim bin Lateh
1.3.3 Bedah binti Sulaiman
2.0 Lebai Samad bin Haji Abu berkahwin dengan Mek Mas (Sepupu) mendapat 4 orang anak
2.1 Hj Man bin Lebai Samad (Tok Wak Cek Man)
(Isteri Pertama)
2.1.1 Pah binti Haji Man kahwin dengan Hassan bin Shamsuddin (2 lelaki dan 2 perempuan)
2.1.1.1. Rudzian bin Hassan kahwin Rosmawati binti Mahmud
2.1.1.2. Alias bin Hassan kahwin Adawiyah binti Mad Isa
2.1.1.3. Harison binti Hassan
2.1.1.4. Roshita binti Hassan

2.1.2 Hajah Azizah binti Haji Man kahwin Haji Abdul Hamid (beberapa orang anak)
2.1.2.1 Surina binti Haji Abdul Hamid kahwin Yahaya binti Lateh
2.1.2.2 Suhardi bin Haji Abdul Hamid
2.1.2.3 Suhaimi bin Haji Abdul Hamid
2.1.3 Abdul Razak bin Haji Man kahwin .....binti Awang Kechik (beberapa orang anak)
2.1.3.1 Suraya binti Abdul Razak
(Isteri kedua - Tok Neng)
2.1.4 Halimah binti Haji Man kahwin Abu Bakar
2.1.4.1. Siti Aisah binti Abu Bakar
2.1.4.2. Mohd Saiful bin Abu Bakar
2.1.4.3. Ridzuan Safawi bin Abu Bakar
2.1.5 Saadiah binti Haji man kahwin Azmi
2.2 Maryam binti Lebai Samad
2.2.1 Haji Abdul Karim
Isteri Pertama
2.2.1.1 Abdul Samad bin Haji Abdul Karim
Isteri Kedua (Bekas Isteri Man - dipijak gajah di Kampung Bagan)
2.2.1.2 xxxx
2.2.2.Haji omar kahwin Sarah
2.2.2.1 Rashidah binti Haji Omar
2.2.2.2 Roshidi binti Haji Omar
2.2.2.3 Azura binti Haji Omar
2.2.2.4 Mat xxx
2.2.3 Rahmah kahwin Saad
2.2.3.1 Abu Bakar kahwin Sy.bt Syed Ambon dan Mariah
2.2.3.2 Supinah binti Saad kahwin Ismail (2 anak)
2.2.3.2.1 Ahmad Shaifullah bin Ismail
2.2.3.2.1 Nor Azura binti Ismail

2.3 Maneh binti Lebai Samad kahwin Haji Shafie
2.2.1 Haji Aziz bin Haji shafie kahwin Bashah
2.2.1.1 Abdul Razak bin Haji Aziz
2.2.1.1.1 xxxxxx (Perempuan)
2.2.1.1.2 Hanis Aili Azra binti Abdul Razak
2.2.1.1.3 Mohamad Fawaz bin Abdul Razak
2.2.1.2 Umi Kalsom bin Haji Aziz
2.2.2. Haji Bakhari bin Hj Shafie
2.4. Mat Ali bin Lebai Samad kahwin Siti Zubaidah binti Wan Ibrahim
2.4.1 Tijah binti Mat Ali
Suami Pertama (Ahmad bin Hanafi bin Hanafiah)
2.4.1.1 Nordin bin Ahmad
2.4.1.2 Normi bin Ahmad kahwin Noraini binti Nordin

suami kedua (Musa bin Abdullah bin Awang Kechik)
2.4.1.3 Normulailawati binti Musa
2.4.1.4 Nor Mushamshuri bin Musa
2.4.2 Cek Tom binti Mat Ali kahwin Ismail
2.4.2.1 Haris Ridzuan bin Ismail (Meninggal 2008)
2.4.2.2 Siti Junaidah binti Ismail kahwim Sham bin Cek Ahmad bin Cek Doh

3.0 Jenab binti Haji Abu kahwin Awang Kechik
3.1. Abdullah bin Awang Kechik
Isteri pertama
3.1.1 Hindon binti Abdullah kahwin Lebai Omar
Isteri kedua
3.1.1.2. Mad Ali bin Abdullah
3.1.1.3. Musa bin Abdullah
3.1.1.3. Shamsuddin bin Abdullah

3.2. Mek binti awang kechik

4.0 Pek chek
4.1. Osmah kahwin Hajah Rokiah binti haji Jusoh
4.1.1 Mohamad Sobri bin Osman
4.1.2 Muhaiyuddin bin Osman

Sekarang Naka dibahagikan kepada Naka Mukim Tekai Kiri dan Tekai Kanan.
Kampung Baru Naka (Siam) adalah sebuah kampung yang terletak di Mukim Tekai Kiri, merupakan perkampungan Siam paling maju di Malaysia. Asalnya Kg Baru Naka (Siam) merupakan penempatan baru bagi membendung pengaruh komunis dan penyamun pada waktu itu. Kebanyakannya penduduk Kg Baru ini berasal dari Kg. Chang Deng (Pak Kra) dan Lamdin.
Pada masa kini, pihak kerjaan telah menjalankan beberapa projek pembangunan seperti pembinaan sebuah institut latihan belia negara ataupun lebih dikenali sebagai IKBN.Pembinaan IKBN dilaksanakan oleh kontraktor Kerajaan Negeri Kedah sendiri, iaitu Bina Darulaman Berhad


info dari WIKIPEDIA, PEKAN NAKA

No comments:

Post a Comment