Thursday, February 16, 2012
Rusuhan Bola 1979
Ramai Yang Tak Tahu Kelab PKNS jtelah wujud lama sejak zaman Supermokh lagi. Musim 1979, dibarisi bintang-bintang Selangor & Malaysia, PKNS muncul sebagai pilihan utama untuk Piala FAM. Namun ada cerita menarik disebalik kejayaan itu. Pada peringkat separuh akhir, PKNS berkunjung ke Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk menentang JKR Kedah... "...Dengan diketuai penyerang lipas kudung Roshidi Shaari, yang mampu melakukan aksi 'badik' dan melekatkan bola di atas dahi dan tengkuk, telah berupaya memeningkan kepala pertahanan tengah diketuai Soh Chin Aun (yang juga kapten pasukan Malaysia). Selain aksi Roshidi Shaari membuatkan V. Arumuggam, penjaga gol yang terkenal dengan gelaran 'Spiderman' tidak senang duduk. Barisan sayap kiri JKR Kedah pula dikemudi oleh penyerang kidal bertubuh kecil, Rosli Mohammad yang mampu berlari dengan kencang sehingga akhirnya Santokh Singh pertahanan kanan tiada upaya untuk menahannya melainkan menggunakan taktik kotor (aksi yang menimbulkan kemarahan peminat). Jamaluddin Hassan yang tinggi lampai pula begitu gah mengawal K. Rajagopal dan Mokhtar Dahari dengan bantuan Johari Ali (bekas driver CEO PKNK Dr. Ghani Shafie). Stadium Darul Aman gegak gempita apabila kapten JKR, Khor Sek Leng (Mohd Azrai Khor Abdullah) menjaringkan gol pendahuluan dari jarak 30 meter yang hanya mampu dilihat oleh V.Arumugam...." "Pada penghujung perlawanan di mana Kedah sedang mencari gol penyamaan apabila Selangor mendahului 2-1 angkara penalti yang dipertikaikan, maka berlakulah satu kekasaran apabila seorang pemain Kedah kalau tak salah Nasir Ibrahim bergaduh dengan pemain PKNS iaitu Roslaini Mohd Shah.. sedang dok tolak menolak, jerit menjerit dan pemain kedua belah pihak mula berkerumun tu... TIBA-TIBA, Super Mokh yang merupakan Kapten PKNS meluru ke arah kumpulan pemain yang sudah hampir nak bergaduh sakan tu.. semua pemain terhenti dan memberi laluan kerana respek kat Mokhtar Dahari. Semua sangka dia datang nak menyuraikan pergaduhan/pertengkaran.... TAK DISANGKA BUAH CEMPEDAK JADI NANGKA... SUPER MOKH DENGAN LARIAN KENCANGNYA KETIKA ITU MELAYANGKAN SATU FLYING KICK KE ARAH PEMAIN KEDAH... tak ingat kena sapa, kalau tak salah Mustakeem Omar kot... " "Pergaduhan tercetus di dalam padang, dan penonton Kedah merusuh & bertempur dengan Polis FRU .." "Di saat akhir pergaduhan tercetus, lalu terjadilah rusuhan bola sepak terbesar dalam sejarah negara. KBDYMM Tuanku Sultan Kedah hanya dapat berangkat pulang keluar dari Stadium Darul Aman jam 1.30 pagi. Ramai anggota FRU dan penonton yang bertempur terpaksa diusung ke hospital. Peniaga disekitar Garden (Taman Merdeka) ada yang menjadi mangsa gas pemedih mata.... "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment